Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka
mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan
kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.
Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.
Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter
manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia
didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan
Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .
6 comments:
Salam Yong Leha, he he dah tau nama panggil namalah. Weh naik lagi minyak? Adakah ini bermakna roti canai pun naik rega? Dan juga nasi lemak, mee goreng, nasi ayam? Adussss! Btw, teman belum balik Turki lagi, masih di Sabah. Lusa balik Shah Alam, 22hb InsyaAllah balik Istanbul. Kalau gi sana, sudi2lah singgah rumah kami di Basaksehir.
salam kak, tunggu kerajaan akan mainkan isu besar utk kalih isu minyak.
Sabahal khair
ameno yg turun pas ni
HIKMAH MINYAK NAIK
Moh Kembara,
Moga dipermudahkan Allah dlm perjalanan..Kita tak marah barang naik tapi jangan ler melampau sgt..Setiap tahun naik..Bila bahan bakar naik nanti barang2 lain pun naik harga juga...
Waalaikummussalam Azhan,
Itu tugas kita.Kena kerja keras utk tumbangkan mereka ni..
New Hope,
Itulah impian kita semua yang cintakan Islam...
Post a Comment