Al Fatihah: Anak Bongsu MP Rantau Panjang Kembali Ke Rahmatullah - Beritahu Ibu Beliau Lihat Suasana Syurga.
SELEPAS lebih seminggu tidak sedarkan diri, tepat jam 12:45 tengah hari ini,
Ahmad Soleh Rahimi, 7 tahun. anak bongsu kepada Ahli Parlimen Rantau
Panjang, Siti Zailah Yusuf telah dijemput Allah s.w.t. kembali ke sisinya.
Ahmad Soleh dimasukan hospital sejak dua minggu lepas seminggu
di wad biasa dan seminggu di ICU kerana menghadapi masalah buah pinggang.
Seminggu lalu beliau tidak sedarkan diri dan di tempatkan di ICU dengan
menggunakan mesin bantuan pernafasan.
Jenazah Ahmad Soleh kini dalam perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan
dan akan dikebumikan di sana sebelum tengah malam ini. Mayat yang
dibawa dengan CRV dengan diringi Siti Zailah, bersama suami dan beberapa
orang anakanya berlepas jam 3:00 petang tadi.
Suasana sedih menyelubungi di bilik mayat ketika saat jenazah
dibawa ke kenderaan untuk pulang ke Kelantan. Beberapa orang
waris waras terdekat Siti Zailah dan suaminya yang berada di
Kuala Lumpur hadir untuk memberi penghormatan terakhir.
Tiada pemimpin atau ahli Parlimen lain yang kelihatan di perkarangan
rumah mayat. Begitu juga pemimpin Pas yang lain kecualilah Badrul Amin
Bahrum dan seorang pimpinan Muslimat Pas. Badrul Amin dikatakan tiba
awal dan turut memandi dan menyembahyangkan jenazah.
Siti Zailah ketika ditemui redha atas apa yang berlaku. "Kak Lah redha
dengan pemergian Ahmad Soleh. Dan sudah berpuas hati dengan rawatan
diberikan. Sebelum ini dia telah membisikkan kepada Kak Lah yang
beliau seakan meninggalkan Kak Lah dan adik beradiknya yang lain
selama-lamanya," cerita Zailah sebak.
Beberapa hari sebelum tidak sedarkan diri Ahmad Soleh yang
berada di darjah satu sekolah Kebangsaan Seri Suria Tanah Merah
meminta maaf daripada ibunya.
"Sewaktu dia sedar dia sudah meminta maaf kepada Kak Lah, Kak Lah
kata kenapa adik minta maaf, adik tak ada apa-apa dosa,"
Menurut Zailah, Ahmad Soleh sering sakit menyebabkan selalu tidak
dapat hadir ke sekolah. Bagaimana pun anak bongsu ini, ada satu
keistimewaan di mana dia sering minta dipasangkan CD bacaan
al-Quran setiap kali beliau ingin melelapkan mata.
Cerita Zailah kalau tidak dipasang CD al Quran atau bacaan doa
seolah dia tidak dapat melelapkan mata. Zailah juga menceritakan
bagaimana satu malam anaknya itu meminta dia membuka suis
lampu, dan setelah melihat keadaan sekeliling Ahmad Soleh
memberi tahu ibunya yang dia melihat suasana syurga.
Dalam pada itu Zailah dan suaminya mengucapkan terima kasih
kepada sahabat handai yang turut memberi penghormatan dan
menguruskan pengembumian jenazah anak mereka. "Terima kasihlah
semuanya,..," kata Zailah dengan linangan air mata dan menahan sebak di dada.
Tahziah kepada Puan Siti Zailah dan seluruh keluarganya. Al Fatihah.

1 comment:
Al fatehah.. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..
Post a Comment