Sunday, October 3, 2010

Isu duit RM 100 warga emas kerajaan PP .3gp

Antara Fakta Penting :



  1. Hasil daripada cukai judi dan arak telah digunakan selama ini oleh Kerajaan UMNO-BN untuk : bantuan pelajaran, ubat-ubatan, bantuan kebajikan masyarakat, pembiayaan sukan dan bantuan mangsa bencana alam ;


  2. Hasil ini juga telah tidak diasingkan daripada pendapatan-pendapatan negara yang lain, dengan erti kata lain pendapatan daripada sumber haram dan halal bercampur aduk dan ini diletakkan di dalam akaun Kumpulan Wang yang disatukan... yang digunakan juga untuk membayar gaji semua kakitangan awam Malaysia yang terdiri lebih daripada 1 juta orang !! ;


  3. Ahli-Ahli Parlimen Pakatan rakyat termasuklah ramai daripada mereka yang bukan Islam mendesak judi dihapuskan ;


  4. UMNO sambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62 pada 11 Mei dengan diwarnai oleh pengumuman kelulusan Judi Bola Sepak Piala Dunia oleh Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek dan Najib iringi dengan penegasan yang dia tak perlu memberi sebarang komen terhadap hal tersebut ;


  5. Jumlah sebenar hasil daripada cukai judi dan arak seolah-olah DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat ;


  6. Kerajaan mengatakan SUKAR untuk membezakan sumber pendapatan lain dengan pendapatan daripada hasil cukai judi dan arak bila didesak agar mengadakan akaun yang berasingan . Dan kalaupun itu terpaksa dilakukan maka ia akan mengambil masa yang lama!




PERSOALANNYA :




  1. PM dan TPM hatta Kabinet Malaysia tidak pernah nafikan fakta ini yang ternyata benar kerana dijawab dan dinyatakan sendiri oleh kerajaan di dalam Dewan Rakyat sekitar tarikh 28 November 2009 ;


  2. Timbalan Presiden UMNO - Muhyidin, dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO - Reezal Merican tidakpun bangkit menjadi HERO Muslim Malaya, walaupun fakta-fakta buruk itu tidak pernah disanggah.... Ironinya berkobar-kobar untuk terus MENYERANG Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng meskipun Ketua Menteri itu telah memberi penjelasan dan menafikan tuduhan itu... kenapa? Apakah nawaitu SANDIWARA TERBARU UMNO PULAU PINANG itu? Apakah benar-benar atas kesedaran dan perasaan sedar selaku Hamba Allah yang wajib terikat pada syariatNya atau hanya mempergunakan segala peluang yang ada untuk kepentingan UMNO/BN ?




ADAKAH INI TUMPUAN SEBENAR UMNO/BN ? :




  1. Terus menggugah kredibiliti kerajaan PR Pulau Pinang ?


  2. Membangkitkan kemarahan Melayu dan Islam ?


  3. Menjadi Hero Muslim Malaya ?


  4. Berusaha keras memburukkan imej Cina DAP dan Guan Eng (Pakatan Rakyat) bagi memberi kuasa semula kepada Cina GERAKAN dan Koh Tsu Koon (Barisan Nasional) ?




NASIHAT UMUM :



  1. Hentikan politik perkauman.

  2. Jangan jadikan politik kepartian memburukkan wajah Malaysia dan rakyatnya.

  3. UMNO/BN terima kekalahan mereka di Pulau Pinang dan belajar menghormati Kerajaan sah yang ada.

  4. PRU13 lawanlah pula, mana tahu UMNO - Melayu Islam Pulau Pinang boleh jadi Ketua Menteri !

6 comments:

Unknown said...

Yg buat kawak bodoh dalam tv tu adalah..depa pi ambik sorang makcik tu..katanya "saya walaupun miskin tapi tetap tak mau yg haram"..begitulah lebihkurang maksud bunyinya...tapi dalam masa yg sama pakai tudung pun nampak jambul..sedangkan itu lebih jelas lagi haramnya....ish3...
p/s- kita tunggulah nanti bila juak2 umno tu nak serahkan balik duit2 tu kpd kerajaan negeri...hee
jgn2 ..pakai lup lagu tu saja..haaa
macam lah orang ramai tak kenal...depa ni..nampak duit .??? meleleh ayaq lioq..

Pilih Islam said...

salam, memang betul apa yang kak utarakan tu, selama ni dah jenuh rakyat malaysia makan hasil2 haram..tak de bising pun...saje nak cari isu kaitkan dgn kjaan pakatan..

anakmuaallaf said...

Saudara Lana~Bulu,
Mereka ini adalah kaum yang mudah melatah.Apabila UMNO sedar mereka ini pelatah maka cuit saja pinggangnya sure latah.
Untuk mengelak latah dari awal lagi jgn meniru gaya org latah..Orang latah biasanya dia akan buat apa yg org suruh buat..Begitu la cerita mak cik tadi..

anakmuaallaf said...

Admin Blog,
Siapa yg nak bising kalau bukan kita sebagai penyeru kebenaran.Media mereka juga terlibat dgn iklan judi..Mereka mahu menutup bangkai gajah tetapi suatu hari bangkai itu akan membusuk juga..

nikman said...

Ya memang betul pun apa yang anda kata Pemimpin UMNOHARAMJADAH memang macam tu pun.Tengok gambar Pakcik yang pakai songkok tu dreba ven kilang karat biru punya saya masih ingat lagi semasa ceramah d pongsu seribu dia hon vennya sepanjang jalan, muka dia langsung tak nampak macam orang sembahyang.
Sah puak2nin dah kena tipu dengan umno. tanya datuk musa kalau tak duit gaji orang tak haram ka? Depa mentedarah duit orang kira ok.
Pakcik sorang lagi tu nak habag dia p haji habis ribu2,tidak kalau
orang tak tau macamlah depa tu baguih sangat,tapi apa2 pun depa
tu
yang becakap dalam TV3 memang karat punya. Setakat ni duit yang
UMNOHARAMJADAH kutip tu dah serah ke kat kerajaan Negeri. Tah2 depa yang songlap.

nikman said...

Ya memang betul pun apa yang anda kata Pemimpin UMNOHARAMJADAH memang macam tu pun.Tengok gambar Pakcik yang pakai songkok tu dreba ven kilang karat biru punya saya masih ingat lagi semasa ceramah d pongsu seribu dia hon vennya sepanjang jalan, muka dia langsung tak nampak macam orang sembahyang.
Sah puak2nin dah kena tipu dengan umno. tanya datuk musa kalau tak duit gaji orang tak haram ka? Depa mentedarah duit orang kira ok.
Pakcik sorang lagi tu nak habag dia p haji habis ribu2,tidak kalau
orang tak tau macamlah depa tu baguih sangat,tapi apa2 pun depa
tu
yang becakap dalam TV3 memang karat punya. Setakat ni duit yang
UMNOHARAMJADAH kutip tu dah serah ke kat kerajaan Negeri. Tah2 depa yang songlap.