Saturday, October 23, 2010

GALAS - UMNO JANGAN DOK BUAT FITNAH

FITNAH...UMNO..sebelum ini..baca kat bawah
Calon PAS: Tuduhan khalwat fitnah semata-mata

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.
Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.
Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

Umno Gua Musang tolak serang peribadi, PAS dakwa politik ‘desperado’


KUALA LUMPUR, 23 Okt — Umno Gua Musang memberi jaminan tidak akan menggunakan taktik serangan peribadi dalam kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan yang bermula Selasa ini.
“Tiada komen, kita tidak akan serang peribadi,” kata Timbalan Ketua Umno Gua Musang Mat Yusoff Abdul Ghani dengan ringkas mengulas laporan bahawa bakal calon PAS di Galas, Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno, Umno Online, yang melaporkan beliau pernah ditangkap berkhalwat.
Dalam serangan tidak sampai 24 jam selepas diisytihar sebagai calon PAS-Pakatan Rakyat, Umno Online memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan ‘isterinya’ sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

No comments: