Kelantan nafi rampas tanah bangun ladang rakyat...
Kerajaan Kelantan hari ini menafikan dakwaan ia merampas tanah rakyat bagi memajukan Program Pembangunan Ladang Rakyat, termasuk di Gua Musang.Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub berkata sebaliknya ada antara tanah yang dimajukan untuk program itu adalah tanah kerajaan yang diduduki peneroka secara haram dan tidak sah. Beliau berkata tanah yang dibangunkan menerusi program itu terutama di Gua Musang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit di tanah milik kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment