Wednesday, October 6, 2010

ALAHAI...Kontang Idea, Masalah Buang Anak Terpaksa Rujuk Belgium

Parti Islam Se-Malaysia berpandangan  hajat Datin Seri Rosmah Mansur  hendak  ke Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) di Brussels Belgium pada 5 oktober 2010  bagi mendapatkan pelbagai input untuk menangani permasalahan buang bayi adalah tindakan yang tidak munasabah, seolah-olah kerajaan  sudah hilang punca dan kontang idea.

Fenomena ini sepatutnya dirujuk kepada mereka yang arif di negara ini sahaja bukannya di negara yang, iklim dan sosial budayanya berbeza.. Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai. Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat  memohon sedekah dan ehsan  daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam.

Kenapa begitu takut hendak merujuk kepada pendekatan Islam yang lebih  menyeluruh dan telah terbukti berjaya. Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik. Baginda  telah berjaya membetulkan  masyarakat jahiliah yang rosak dalam masa 23 tahun yang menjadi kekaguman ahli kaji masyarakat barat yang berpandangan kerosakan masyarakat jahiliah hanya dapat dirawat dalam masa 100 tahun lebih.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

2 comments:

BUJANG SUSAH said...

Salam umi... dia nak p jalan2 makan angin tu umi.. klau kat malaysia ni nak p mana.. xkan hari2 nak pegi perak jer kot...hehehe




# org kata FB (facebook) org ler yg kena hack.. bukan blog...

anakmuaallaf said...

Dia dah keliling dunia dah pi..Bagi la duit tu pada rakyat marhain ni pi buat umrah ka...

##fb tak aktif pun kena hack juga...musuh cyber ni...