Sunday, October 10, 2010

1 st LADYEZ WE DON'T NAK....!!

oleh Norasikin Samsi
rosmah_altantuyaSHAH ALAM 9 Okt - Imej isteri Perdana Menteri, 
Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan 
dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia,
 Altantuya Shaariibuu serta dakwaan 
pembabitan beliau terlibat dalam konspirasi
 terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri
 Anwar Ibrahim telah menyebabkan 
kebanyakan Wanita Pertama negara maju 
menjarakkan diri mereka daripada terlibat 
dalam Sidang Kemuncak First Ladies anjuran 
beliau.

Malah acara tiga hari bermula Isnin depan hanya dihadiri oleh 20 Wanita 

Pertama yan.kebanyakannya datang dari 'dunia ketiga'.

Wanita Pertama yang hadir termasuk dari Albania, Afghanistan, Chile, 

Congo, Gambi Ghana, Guinea Bissau, Iran, Jamaica, Mali, Mauritius,
 Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Soerra Leone, Sri Lanka,
 Sudan dan Zambia

Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu dikatakan menghina Raja 

Permaisuri Agung dengan merampas gelaran yang pada sisi 
Perlembagaan adalah hak Tuanku Nur Zahirah yang selayaknya digelar
 Wanita Pertama Malaysia.

"Imej beliau di kalangan Wanita Pertama negara Eropah dan Amerika 

Syarikat sudah tercalar. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan beliau 
yang terpalit dengan bermacam-macam tuduhan yang memalukan negara.

"Yang peliknya bagaimana seorang yang tidak layak memanggil dirinya 

wanita Pertama atau First Lady dari segi Perlembagaan Persekutuan
 boleh menganjurkan sidang kemuncak yang mengumpulkan wanita 
Pertama negara lain walhal beliau sendiri bukan dalam kedudukan itu. Ini 
amat memalukan imej negara," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat
 (KEADILAN) Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Suara Keadilan.

Zuraida berkata tindakan Rosmah membelakangkan Tuanku Nur Zahirah

 dengan 'menyamar' sebagai wanita Pertama adalah sesuatu yang 
mencerminkan kejelekan peribadi beliau.

Malah lebih memalukan dakwaan Rosmah yang mengaku sebagai Wanita

 Pertama Malaysia dipertikai bukan sahaja oleh pakar Perlembagaan dan juga
 rakyat negara tetapi pernah dibahaskan semasa sidamng Parlimen.

Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan 

"Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan,
 " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah
 diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas 
Yang di-Pertuan Agong".

"Memang kita sudah bawa isu ini di dalam Parlimen dan saya sudah pun

 membahaskan perkara ini pada sidang yang lepas. Jadi kita akan 
teliti lagi sekali dan saya akan persoalkan mengapa kerajaan boleh 
berikan peruntukan dana awam untuk sidang kemuncak ini serta apa 
peranan dan keperluan penganjuran sidang berkenaan?

"Meskipun telah beberapa kali Rosmah mendapat teguran dan kritikan

 berhubung sikap beliau yang membelakangi Raja Permaisuri Agong dengan
 menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama negara, namun dia tidak 
pernah peduli dan ambil kira pandangan dan teguran," tegas Zuraida.

Tambah Zuraida, Rosmah juga masih tidak mahu mengambil iktibar 

daripada teguran terhadap beliau berhubung isu iklan berwarna 
dua halaman penuh yang memaparkannya di dalam di New York Times pada
 April lalu.

Iklan tersebut menyebut ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, 

Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan
 Harmoni Antarabangsa 2010.

Apa yang menyedihkan kata Zuraida, Perdana Menteri juga menidakkan 

peruntukan Perlembagaan sambil menyokong Rosmah mengguna 
gelaran itu dengan mengatakan, 'Wanita Pertama tidak semestinya 
adalah Permaisuri'.

"Saya nak tanya Najib, nombor satu tu apa, kalau hanya setakat i

nilah pengetahuan beliau, dia kena belajar balik ilmu kira-kira," sindir beliau

"Ini jelas menampakkan Rosmah tidak menghirau dan menghormati 

Perlembagaan sedangkan di negara kita memang tidak pernah wujud 
istilah 'Wanita Pertama'.

"Malangnya apabila Najib dan Rosmah menguasai pentadbiran negara,

 mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja 
Berpelembagaan. Mereka tidak ada mengetahui sejarah negara 
dan tidak peduli kepentingan Perlembagaan," ujar Zuraida lagi.

Sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara 

bersama mengenai agenda memperkasakan kanak-kanak yang akan
 menjadi pemimpin masa hadapan.

1 comment:

Unknown said...

salam ziarah.
http://aliasmohdyusof.blogspot.com/