Tuesday, September 7, 2010

MUSA HASSAN DIHAMBAT PENUH HINA SEPERTI ANJING KURAP ?

Musa Hassan dihambat penuh hina seperti anjing kurap?
Malay Mail semalam melaporkan berita bertajuk "Outgoing IGP says he was fed up with 3rd party interference" (untuk berita dalam BM sila lihat Malaysian Insider semalam "Musa kecewa ada pihak campur tangan urusan polis").

Bila Musa kata dia fed up, kita baca sajalah berita dia fed up tu. Tetapi, kita pun dah lama fed up dengan sikap berat sebelah polis. Kalau puak Umno Barisan Nasional (BN) terjerit-jerit atas jalan atau dalam masjid, bukan main mesra lagi polis menjadi rakan sekawan mereka. Siap senyum kerang busuk.

Tapi kalau puak yang melawan Umno berhimpun secara aman sekalipun, bukan main bengis polis mengentam dan mengganasi. Oleh kerana kita orang dan bukan plastik, semua itu kian mengapi-apikan rasa fed up kita.

Itu satu hal. Yang lebih menarik dari itu ialah mengapa Musa mengulangi lagi rasa tidak puas hatinya terhadap campur tangan pihak ketiga? Mac lalu, beliau telah membangkitkan perkara itu.

Umum melihat luahan rasa tidak puas hatinya itu ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sehingga memaksa Mamat itu membikin kenyataan akhbar yang menyifatkan dakwaan hubungan beliau dengan Musa sebagai tegang adalah tidak berasas (lihat posting "Siapa percaya Hishammuddin?").

Sukar untuk menolak kemungkinan bahawa kenyataan Musa menjelang persaraannya itu juga ditujukan kepada Hishammuddin. Maklumlah, Musa sendiri mengakui beliau tidak tahu kontraknya tidak akan disambung sehinggalah pengumuman dibuat oleh Hishammuddin.

"Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya.

Kita tidak tahu adakah benar Musa tak tahu. Tetapi apabila Musa memberikan kenyataan sedemikian, ia tidak menggambarkan hubungan yang sewajarnya antara beliau dan Hishammuddin.

Jawatan sebagai Ketua Polis Negara dilihat menyebabkan Musa merasa dirinya hebat sangat. Perbuatan mengumumkan bahawa beliau tidak lagi dikehendaki di dalam sidang akhbar yang turut dihadirinya dalam keadaan beliau tidak pun mendapat hint mengenai perkara itu dari orang yang membuat pengumuman boleh dilihat sebagai tindakan menghambatnya dengan penuh hina.

Adakah Musa dihalau dan dihambat dengan penuh hina seperti anjing kurap yang tidak diperlukan lagi oleh tuannya? Kita tidak tahu. Kita hanya mampu bertanya.

Ah, teringat pula bagaimana kita diperlakukan seperti anjing hampir setiap kali kita berhimpun secara aman.

4 comments:

Unknown said...

Ahh,...simamat ni naik pun langkah bendoi tu...
namun itulah hasil jasa dia dalam memenjarakan seteru politik kepada kuasa pilotik utama negara sikit masa dulu..
langit tidak selalunya cerah dan masa hujan ribut tetap kan tiba juga...
bertaubatlah sebelum terlambat..

joecharlie said...

MALAYSIA DISEGANI DAN DIHORMATI SINGAPORK YANG TAKBOLEH TANGKAP MAS SELAMAT YANG LEPAS DARI SINGAPORK TETAPI PDRM SENANG-SENANG TANGKAP DAN ANTAR BALIK MAS SELAMAT KEPENJARA SINGAPORK.TAHNIAH MUSA DAN PDRM YANG MEMANG BEST DAN WORLD CLASS.

Anonymous said...

Didunia Tuhan dah tunjuk bertapa hina seseorang yang tidak amanah dan bertanggungjawab semasa diberi peluang menjadi pemimpin. Mati nanti Tuahan saja yang tahu bentuk seksa yang diterima ke atas mereka yang mengeleweng kuasa, korup, tidak amanah dan kejam sesama insan. Sedarlah satu hari kita akan mati biarlah mati kita dalam iman bukan mati dengan penuh dosa dan001 dimaki hamun oleh yang diinanyai.

Anonymous said...

MUSA HASAN DAN UMNO SAMA SAJA... SAMA-SAMA CELAKA!!!