Saturday, September 4, 2010

MUNAJAT SEORANG HAMBA

Sumaiyah Sulaiman
Tuhan!
Pimpinlah aku selalu di dalam kehidupanku
Aku lemah kalau Engkau tidak memberi kekuatan
Aku hamba-Mu memanglah sentiasa lemah
Lemah fizikal dan lemah jiwa
Dengarlah selalu, bisikan hatiku
Itulah harapanku Pada-Mu
Rintihan hamba-Mu yang selalu membuat dosa
Mengharapkan keampunan dari-Mu

Tuhan, masukkanlah di dalam hatiku tenang dengan ujian
Kerana mengharapkan keredhaan-Mu

Masukkanlah ke dalam hatiku takut dengan kemewahan
Kerana takut disalahgunakan

Masukkanlah di dalam hatiku rasa cinta pada-Mu
Agar rasa lazat menyembah-Mu

Rahmat-Mu yang aku harapkan
Amal ibadahku, tidak memberi jaminan
Atau kemaafan-Mu yang aku pinta
Sekalipun aku tidak layak
Aku ini hamba-Mu Tuhan!

Sering lalai, membuat dosa setiap masa
Kutiplah aku dengan rahmat-Mu
Dan sandarkanlah aku dengan berkat sesiapa yang boleh menyelamatkan aku
Rahmat-Mu luas
Berkat melimpah-ruah kepada sesiapa sahaja yang Engkau mahu anugerahkan

Tuahn,
Jadikanlah Air Mataku Pemadam Api Neraka-Mu

No comments: