Wednesday, August 18, 2010

SIAPA YANG RACIS SEBENARNYA??

Ini saya terjumpa dalam wall facebook...

Satu lagi slogan 1M'sia jadi laugan dan pekikkan sekadar retorik dan omong-omong kosong bila seorang Pengetua Sekolah Menengah di Kulai, Johor bersifat 'rasis' ......DAP mahu tindakan keras.......Kerajaan didesak bertindak ke atas seorang pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor ,Kulai Johor yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman yang menghina pelajar Cina dan India pada satu majlis anjuran sekolah tersebut . Tindakan disiplin yang paling keras perlu dikenakan terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, Siti Inshah sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu menghina, menyinggung dan rasis itu dalam satu majlis untuk melancarkan sambutan Hari Kebangsaan sekolah tersebut.
Ironinya, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah '1Malaysia Menjana Transformasi.' Beberapa laporan polis yang disebarkan di dalam talian, Siti Inshah didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos lalu ketika mengulas mengenai masalah disiplin pelajar.
Didakwa, beliau menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.
Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu. Insiden tersebut membangkitkan semula ingatan kita kepada kenyataan menghina yang dibuat oleh bekas ketua bahagian Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dan juga oleh bekas pegawai khas perdana menteri Datuk Nasir Safar.

Apa komen dan pandangan sahabat-sahabat yg dikasihi dan dimuliakan semua...Adakah ini satu lagi tamparan konsep 1M'sia yg tidak pernah meresap dan difahami oleh warga kita?...beliau bukan calang-calang individu... adakah kerana ada pengizinan dari Kerajaan yg guru dan pengetua dari gred 41- hingga 48 dibenarkan berpolitik sudah ada tanda-tanda permainan politik rasis yg sempit sudah menampakkan benih-benih perkauman?...Yang pasti kami dari Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat Malaysia amnya amat merasa sedih dan kecewa akan insiden.ini......

1 comment:

din said...

aku simpati kat pengetua sekolah tu sebab dah nyanyuk! patutkah seorng nyanyuk memimpin sekolah?? ermm.. mungkin suami dia org kuat umno kot! sebab tu dia rasa kebal! memang mcm tu pun perangai org umno.