"Dalam era globalisasi kini PAS harus dilihat sebagai sebuah parti yang jelas sedang menuju ke arah perjuangan universal yang memperjuangkan keadilan untuk semua. Waktu ini adalah masa untuk kita membuktikan bahawa PAS semakin penting dan mampu untuk menjadi sebuah parti yang proaktif, progresif serta tidak berfikiran konvensional."
"Masyarakat juga sedang melihat dan bertanya apakah PAS serius dan mampu untuk merealisasikan cita-cita besar ini. PAS bukan lagi sebuah parti kecil yang bersifat kedaerahan atau kenegerian. Sebaliknya, semua ahli PAS harus mengubah persepsi masyarakat bagi melihat parti itu sebagai sebuah kuasa yang mampu untuk memberi pembelaan kepada rakyat dalam skop yang lebih luas dan positif."
Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS
No comments:
Post a Comment