Thursday, August 5, 2010

KESIAN KL - BANDARAYA MISKIN RUPANYA !!


Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng melahirkan rasa malunya apabila ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur tersenarai sebagai bandaraya yang dihimpit kemiskinan.


Ini katanya, berdasarkan jawapan bertulis yang diterimanya daripada kedua-dua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berhubung soalannya mengenai kawasan-kawasan di bandaraya yang dikenalpasti mempunyai rakyat miskin tegar.

Jika ini benar, kata Lim, Malaysia tidak ada bezanya dengan negara dunia ketiga dan kerajaan perlu berusaha keras menyelesaikan perkara berkenaan.

No comments: