Pagi tadi satu majlis kesyukuran kerana sahabat-sahabat pengajian diadakan di rumah guru kami Ustazah Hadijah. Dalam kumpulan ini sayalah yang paling muda. Seronok berkawan dengan mak cik-mak cik ni.semuanya seperti ibu saya.
Majlis ini khusus buat Mak Andak Ton dan Ibu angkat saya Mak Midah. Mak Andak Ton selamat menjalani pembedahan ketumbuhan dalam kepala. Mak Midah sembuh dari penyakit Kayap di kepala.
Setiap pagi bermula Isnin hingga Rabu kami belajar mengaji Al Quran serta tajwid di rumah ustazah. Memang seronok belajar dengan mak cik- makcik ni semua.
Inilah sebahagian dari mak.cik teman sepengajian..Yang bertudung putih labuh -Mak Andak Ton
Pecal special Mak Midah yang buat..Sambal pecalnya memang terkenal disini
Pulut kuning Mak Andak Ton yang buat..rendang ayam Kak rosnah memang sedap
Mak Midah yang bertudung cokelat..Kurus sebab 3 bulan tak ada selera makan
Antara juadah yang dibawa..semua sedap-sedap...Masakan mak cik ni memang ada kelass tersendiri...
3 comments:
lapar saye tgk~!! sigh~~~~~
Syeera.
Tengok dah lapar..
akak makan smpai x boleh nk berhenti..sbb banyak variasinya..
sedapnya makan leha jelita...
melurjelita.com
Post a Comment