Friday, July 9, 2010

BOLEH CAYA KE NI ??

Sotong "Piala Dunia" tolong ramal PRU-13...

Sotong kurita "Piala Dunia" ini begitu terkenal di seluruh dunia gara-gara "ramalannya" tentang perlawanan bola sepak Piala Dunia terutama melibatkan pasukan negaranya, Jerman begitu tepat. Setiap kali sotong ini berada pada bendera tertentu, maka negara terbabit akan menang.

Begitu juga ketika Jerman tewas di tangan Sepanyol di peringkat separuh akhir, apabila dia "memilih" bendera Sepanyol, dan bukannya Jerman.

Kalau begitu hebatnya sotong ini, elok juga ia dipinjam dan dibawa ke Malaysia untuk meramalkan tarikh PRU-13 dan juga parti mana yang akan menang. Adakah pihak2 yang sanggup berbelanja besar untuk membawa sotong ini ke Malaysia untuk melakukan tugas tersebut?

2 comments:

Isa said...

kena tanya nasihat apco terlebih dahulu... ha..ha..ha...

baik punya sindir..

relevan said...

Tak boleh percaya Sotong ini..seeloknya dibuat Goreng masak kicap jer..