umat Islam di negara ini agar jangan bersikap melulu mengharamkan
sesuatu tanpa mencari alternatif dan jalan penyelesaiannya terlebih
dahulu.
Taliban) negara ini.
"Berhati-hatilah dengan pengharaman sesuatu
perkara dan hak-hak rakyat," katanya ketika
diminta mengulas isu pengharaman modul
program motivasi anjuran ESQ Leadership
Center Sdn Bhd (ESQ).
Berita Harian hari ini melaporkan Mufti
Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi
Wan Teh menandatangani warta yang
mengharamkan program motivasi ESQ
mengikut subseksyen 34(1) Akta
Pentadbiran Undang-undang Islam
(Wilayah-wilayah Persekutuan 1953),
selepas perbincangan dengan
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.
Mengikut warta yang dikeluarkan, ia diharamkan kerana
mendukung fahaman liberalisme, iaitu memahami dan mentafsir
nas agama dan fahaman pluralisme yang mengajar semua agama
adalah sama.
Bagaimanapun, Ketua Panel Syariah ESQ Datuk Mustafa Abdul
Rahman yang juga bekas ketua pengarah Jabatan Agama Islam
Malaysia (Jakim) pula dilaporkan menyangkal dakwaan wujud
unsur penyelewengan dan kesesatan dalam program syarikatnya.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, membandingkan tindakan
terbaru mufti itu dengan pengharaman Yoga suatu ketika dahulu,
Dr Asri mempersoalkan pengharaman sesuatu secara menyeluruh
sedangkan "kadang-kadang terdapat ruang bagi memperbaikinya".
"Mungkin pejabat mufti Wilayah Persekutuan ada hujah-hujahnya
sendiri. Tetapi kalau boleh dibaiki (ESQ), kita baikilah. Masalah-masalah
teknikal ini boleh dibetulkan. Ada jalan." katanya.
Ulama muda Umno: Ikuti sendiri program ESQ
Beliau yang juga penyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM)
berkata, tindakan sebegitu boleh menyebabkan perasaan fobia
terhadap agama Islam dalam masyarakat.
"(Akibatnya) orang beranggapan (dalam) agama ini semua tidak
boleh. Sebenarnya banyak yang boleh, yang tidak boleh itu sikit
sahaja.
"Kalau banyak tidak boleh, macam mana kita hendak hidup," katanya.
Sementara itu, ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya -
yang baru memohon menjadi ahli dalam sebuah majlis penyerahan
borang kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini -
berkata selain meneliti kandungan ESQ, pihak berkuasa perlu
melihat pada method penyampaiannya.
"Kedua-dua (kandungan dan method penyampaiannya) kena benar.
Sekiranya ESQ bertepatan, kami dokong. Sekiranya salah satu dari
menyimpang kami bantah," katanya.
"Hendak mengatakan ESQ benar atau salah secara pasti,wallahu'alam.
Tetapi yang diwartakan itu (berdasarkan) kandungannya, bagaimana
dengan method?"
Sehubungan itu, Fathul mencadangkan, untuk berlaku adil kepada
semua pihak, pengharaman itu hendaklah dibawa berbincang semula
bagi menilai semula hujah-hujah yang telah dikemukakan.
"Perkara sebegini sepatutnya ada perbincangan dengan semua pihak.
Wakil daripada ESQ sendiri patut dijemput dan membentangkan
(tentang program mereka).
"Kalau boleh, anjurkan program pada ilmuan Islam sendiri untuk
menilainya (sama ada menyimpang atau tidak)," katanya
kepadaMalaysiakini.
No comments:
Post a Comment