Monday, July 12, 2010

ALHAMDULILLAH SELAMAT USTAZ IBRAHIM

Kerinduannya kepada keluarga serta rakyat di kawasan Parlimen yang 
pernah ditandinginya selepas selamat pulang ke tanahair Jumaat lalu,
 membuatkan Ustaz Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria, 41, yang
 hampir sebulan ditahan di Mesir, tidak sabar untuk berada di atas pentas.

Kebetulan ada program ceramah anjuran PAS Kawasan Lenggong 
di Kampung Kota Tampan Air kelmarin (10 Julai), beliau turut 
bersama berada di atas pentas, bagaimanapun tidak dibenarkan berucap 
atas arahan pihak polis.
Namun kerinduan penduduk terhadap beliau terubat dan perasaan lega 
orang ramai terbayang kerana beliau yang juga Ketua Penerangan
 Dewan Ulamak PAS Perak tidak ditahan berpanjangan di Mesir 
dan apabila pulang tidak dikenakan tindakan tahanan lanjut.
Program ceramah itu membabitkan Timbalan Pengerusi Lajnah 
Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Haji Ahmad Idzam Ahmad,
 Exco Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan
 Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria dengan kehadiran
 lebih 500 penduduk.
ketika ditemui selepas program ceramah, Muhammad Zulkifli yang lebih
 mesra dengan panggilan Ustaz Ibrahim, berkata selama 25 hari
 berada dalam tahanan, beliau terpaksa menerima deraan seperti
 berdiri tiga hari tiga malam, sehari semalam dan dikenakan kejutan elektrik.
Katanya, deraan itu sebagai denda kerana pihak berkenaan tidak dapat
 menerima alasan-alasan yang diberikannya selepas disoalsiasat, seperti
 mengenai sijil diploma yang terlupa dibawanya menyebabkan beliau tidak
 diterima untuk menduduki pengajian/peperiksaan peringkat sarjana.
"Bila dia tanya tidak adakah orang yang boleh menghantar sijil itu, saya jawab
 tidak ada, dia tidak terima alasan itu, saya pun didenda berdiri sehari 
semalam, mula waktu asar sampai waktu asar keesokannya," katanya.
Muhammad Zulkifli berkata, antara soalan-soalannya hanya mengenai
 tujuannya ke Mesir, di mana memang beliau ke sana untuk menyambung 
belajar ke peringkat sarjana dan tidak ada tujuan lain selain itu.
Katanya, apabila dibebaskan dan sampai di Lapanganterbang Antarabangsa
 Kuala Lumpur (KLIA), beliau ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia pula,
 di mana beliau ditanya apa yang berlaku di Mesir yang mengakibatkan beliau ditahan.
Beliau seterusnya melahirkan rasa kesyukurannya kerana dibebaskan 
tanpa terpaksa menjalani tahanan lanjut dan berterima kasih kepada 
semua pihak yang mendoakan supaya beliau dibebaskan segera.
"Saya amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua
 pihak yang mengambil berat saya dan keluarga saya, termasuk yang
 sama-sama mendoakan supaya saya dibebaskan segera dan dapat pulang 
dengan selamat," katanya



27 hari kena gari, mata ditutup'

 garinya hanya dibuka untuk mengerjakan solat lima waktu dan beliau yang ditempatkan
 bersama tahanan lain tidak dibenarkan bercakap sesama mereka.
“Sepanjang berada dalam tahanan, saya hanya dipanggil untuk soal siasat berhubung tujuan
 sebenar ke negara itu dan pembabitan parti di Malaysia, selebihnya kehidupan seharian
 saya adalah makan dan tidur.

2 comments:

Admin said...

alhamdulillah..
innallahama'na~
:)

anakmuaallaf said...

Alhamdulillah.Perasaan kita juga tersentuh dengan penangkapannya dulu.
Hati seorang isteri dan anak..
Tertanya-tanya kedudukkan sang suami.Sekarang semua terjawab.Hari ini hari mereka..hari kita blm tahu lagi..