Friday, July 30, 2010

ADUN GALAS MASUK ICU...DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK YB

Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Galas, Che Hashim Sulaima,46 telah dimasukkan ke dalam Unit Jagaan Intensif (ICU) di Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu sejak tiga hari lepas.
Beliau (gambar) yang juga wakil rakyat dari PAS dimasukkan ke hospital oleh kerana penyakit kanser usus tahap keempat.
Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud telah mengesahkan Che Hashim telah dimasukkan ke hospital berkenaan.
Che Hashim telah didiagnos mengalami kanser usus pada tahun lalu dan berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk rawatan kemoterapi. Beliau turut pernah ke Guangzhou, China untuk mendapatkan rawatan.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Saufi Deraman yang juga mantan ADUN kawasan berkenaan dengan memperolehi majoriti sebanyak 646 undi semasa pilihanraya umum yang lepas.DUN Galas terletak di dalam kawasan Parlimen Gua Musang. -KLToday.com

No comments: