Monday, June 28, 2010

KENAPA PERLU TIPU UMNO-DENGAN ULAMA' PUN NAK TIPU JUGA

Tipu Ulama Muda: Sampai Begitu Sekali Terdesaknya UMCO



Isnin, Jun 28, 2010-Empat ulama muda sudah menafikan penyertaan mereka
 ke UMCO baru-baru ini. Mereka juga menyelar tindakan terdesak UMCO
 yang memperdaya mereka menghadiri majlis yang kunun-kununnya untuk
 menguar-uarkan kemasukkan 40 ulama muda ke dalam UMCO. Saya petik:

[HD] SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat
 lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput
 hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin
 bertemu dengan lepasan Jordan.


Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, 
(gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan
 perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda 
PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator,
 pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC,
 diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu
 gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda
 yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai 
yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,
” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Hosni menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
 Negeri Selangordi Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan
 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan
 kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian 
menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan
 paparan media yang secara langsung 
menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37,
 dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26
 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli 
Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, 
Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat 
biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai
 ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

3 comments:

Anonymous said...

"Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC"

Persoalan:

1...
"dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall"... siapa yg bawa masuk?

2...
Perkataan KAMI... kami tu bermaksud ramai. Adakah yg ramai2 tu, x seorang pun yang kenal siapa yg bawa mereka masuk melalui bangunan sebelah Mall?

Tak juga diberitahu kami itu berapa org... mungkin 44 org. Mungkin juga yg join 40 dan yg tak join 4 org.

Unknown said...

dah jadi darah daging dia dulu kini & selamanya, org jenis ni tak menipu sehari mahu pening kepala dia

Anonymous said...

Didalam Malaysiakini telah disiarkan penafian dari Fathul Bari Mat Jahaya yang merupakan antara 40 orang ulamak muda yang menyertai UMNO pada hari tersebut.

Ustaz Fathul berkata Hosni dan tiga rakannya langsung tiada dalam senarai kumpulan mereka. Dan jika benar Hosni dan rakannya diperdaya, mengapa mereka masih bersenang lenang menjamu selera di majlis anjuran UMNO tersebut.

Nampak sangat penipuan yang dibuat oleh Hosni Mubarak ini. Mungkin mereka ini sengaja dihantar oleh Pas bagi mengintip majlis UMNO. Dan mungkin mereka dijanjikan dengan tiket syurga oleh Idris Ahmad jika berlakon untuk memburuk-burukkan UMNO.

Jika orang seperti Hosni Mubarak ini dianggap sebagai ulamak oleh PAS, memang benarlah bahawa ulamak PAS semuanya adalah ulamak kangkong, nampak cantik diluar tapi dalam kosong.Cakap berdegar-degar umpama tong kosong. Dengar bunyi saja kuat tapi isi tiada langsung!