Saturday, May 22, 2010

KARNIVAL AURA UNGU NISA' KEBANGSAAN

Malam tadi Konsert Aura Ungu Nisa' berlangsung di Shah Alam.Petangnya acara solo.Malamnya acara berkumpulan.Semua negeri di Malaysia menghantarkan wakil.Penyanyi tersohor Aisyah sudi datang sebagai panel juri.Untuk acara solo banyak teguran Aisyah buat untuk menambah kebaikan.Hiburan dibolehkan dalam Islam tetapi ada batas-batsanya.Sekalung tahniah buat Dr Rosni selaku Pengarah Nisa' Malaysia kerana berjaya menganjurkan program ini.

Program tertutup hanya untuk muslimat sahaja.Bagi acara berkumpulan jurinya diketuai oleh Pn Azlin dan dibantu oleh Pn Manis dan anak perempuan Pn Azlin sendiri.
Pasukan wilayah

Pasukan Perlis
Pasukan Negeri Sembilan

Pasukan Perak

Ini adalah program julung-julung kali diadakan.Keputusan pemenang tidak diumumkan malam tadi.Pemenang akan diumumkan malam esok.ASTRO akan mengadakan siaran langsung akademi fantasial dan NISA' akan mengumumkan pemenangnya pada masa yang sama.Apa yang membezakan Akademi Fantasial dan Aura Ungu NISA' ialah hiburan Islam dan hiburan yang melaghokan.
Banyak baik pulih yang perlu dilakukan Nisa' agar program yang akan datang berjalan lancar.Masalah PA sistem.Teknikal problem.Minus 1 yang berkecelaruan.Microfon yang berselirat dengan wayar dan mengganggu persembahan.

MC yang banyak membebel kerana terpaksa tunggu teknikal team siapkan pentas.Teknikal team yang terlampau ramai diatas pentas seolah-olah mereka yang membuat show.

Seperti kata Aisyah jangan terlampau panjang intro permulaan dan penutup.Syarat persembahan hanya dua lagu.Apabila dimasukkan intro sudah menjadi 4-5 lagu.Masa yang diambil setiap kumpulan terlalu panjang.Maka kumpulan terakhir membuat persembahan hampir jam 12.30 malam...

malam ini kita datang ramai.....nantikan keputusannya..

No comments: