Apa sudah jadi dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan?. Satu persatu rahsia dirinya kini terbongkar akibat diganyang dengan berbagai soalan oleh Peguam Anwar, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi hari ini. Beliau yang sebelum ini begitu yakin dan dengan bangganya menunjukkan bukti berkaitan lokasi kejadian kepada pihak mahkamah, kini seolah-olah mula gelisah dengan soalan yang diajukan oleh peguam "panas" itu. Apa tidaknya, jika dulu beliau dapat bercakap kepada hakim dengan penuh yakin gara-gara "skrip" yang sudah disiapkan untuk dijawapnya. Kini, beliau mula kaku dan mati akal akibat tidak tahu apakah yang mahu ditanya oleh Karpal itu. Akhirnya terpaksalah Saiful menjawab "benda yang karut marut dan tidak masuk dek akal kita". Cuba lihat beberapa jawapan panas yang membuktikan tahap keimanan anak muda ini di mahkamah pagi tadi apabila disoal oleh Karpal Singh. Malah seluruh mahkamah mentertawakan beliau, ketika dia menjawab soalan yang dikemukakan oleh Karpal. Antara soalan yang dikemukakan Karpal ialah "Adakah kamu sembahyang antara 26 dan 27 Jun seperti kebiasaannya"? Saiful menjawab "Saya pergi Sembahyang Jumaat, tetapi tidak sembahyang pada 26 Jun kerana saya telah diliwat". Kemudian Karpal bertanya lagu "Pada 27 Jun, kamu tidak mandi wajib, maka sembahyang kamu tak sah?.Jawap Saiful "Saya hanya basuh sedikit sahaja, tapi benar sembahyang saya tak sah". Kemudian Karpal berkata "Kamu bukan seorang Islam yang baik kerana tak sembahyang" dan dijawab Saiful "Saya dalam keadaan darurat masa tu" sambil disambut dengan gelak ketawa oleh orang ramai yang menyaksikan adengan itu. Bukti ini juga mengesahkan kepada kita bahawa Saiful hanya mencari publisiti dengan "lekuk hitam" pada dahinya seolah-olah dia adalah ahli ibadat. Ini mungkin bagi tujuan supaya orang Islam percaya dan simpati kepada dirinya. Jika mandi wajib dan solat pun tidak maka apakah layak beliau berimej sedemikian rupa? Akhirnya Saiful terperangkap dengan imej yang beliau cipta sendiri itu.
Saiful tolonglah kasihani dirimu sendiri.Cerita kamu orang akan bercakap lagi apabila ada lagi sejarah akan berulang.Masa itu sudah pasti kamu sudah punya anak dan cucu.Bagaimana perasaan anak-anak dan cucu-cucu kamu nanti?
Alat sulit dan banyak lagi aib kamu akan terdedah.Ingatlah Saiful masa depan kamu nanti.Keturunan kamu nanti.Fikir-fikirlah Saiful.Hargai anugerah akal yang Allah berikan kepada kamu!!
8 comments:
TUUUU...BUKAN KUAT BERIBADAT PADA ALLAH TAPI BANYAK BERIBADAT KAT TUNGGUL2 KAYU...
semakin ramai Muslim yang Jahil Muraqab..
Cuping merah,
susah juga kita nak nilai..hanya Allah yg maha mengetahui.Tetapi kita mesti ingat ibadah kita kerana apa?
Adakah kerana nak hitamkan dahi kemudian boleh tunjuk pada org "aku kuat solat sbb tu dahi aku hitam"
Adakah amalan kita akan diterima allah kerana ria"?
Irama suci bukan setakat jahil muraqab sahaja tetapi jumud pun ada..
kat dubur tusuk plastik,kat dahi cucuk api rokok
ha ha ha.seronok baca anda punya andaian.komen kawan2 anda pun bagus.cuma satu nak tanya.kat malaysia ni siapa yg mula2 tuduh atau canang dsai tu seorang peliwat?
Allah lebih mengetahui... amal ibadat kita bukannya boleh ditanda dengan kesan hitam di dahi.... tapi apa pun, muka orang tertuduh pun aku tengok makin lama makin keruh, makin tak berseri... memang betul kot tuduhan tu..
Salam umi dan seluruh keluarga yang sentia dirindui. Semoga senentiasa dalam lindungan Allah.
Buat semua sahabat juga hamba sendiri.. Sesungguhnya hitam didahi bukanlah bekas sujud.
عَنْ حُمَيْدٍ هُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ : كُنَّا عِنْدَ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ إِذْ جَاءَهُ الزُّبَيْرُ بْنُ سُهَيْلِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ فَقَالَ : قَدْ أَفْسَدَ وَجْهَهُ ، وَاللَّهِ مَا هِىَ سِيمَاءُ ، وَاللَّهِ لَقَدْ صَلَّيْتُ عَلَى وَجْهِى مُذْ كَذَا وَكَذَا ، مَا أَثَّرَ السُّجُودُ فِى وَجْهِى شَيْئًا.
Dari Humaid bin Abdirrahman, aku berada di dekat as Saib bin Yazid ketika seorang yang bernama az Zubair bin Suhail bin Abdirrahman bin Auf datang. Melihat kedatangannya, as Saib berkata, “Sungguh dia telah merusak wajahnya. Demi Allah bekas di dahi itu bukanlah bekas sujud. Demi Allah aku telah shalat dengan menggunakan wajahku ini selama sekian waktu lamanya namun sujud tidaklah memberi bekas sedikitpun pada wajahku” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3701).
Banyak lagi hadith rasulullah yang menyentuh berkenaan tanda pada wajah DISINI..
Selamat beramal.. wassalam.
Post a Comment