Thursday, May 6, 2010

BN TOLONG JAWAB DI SIBU

Jika Hanya PARLIMEN Boleh Ubah Sempadan Negara: Apa Hak Pak Lah & Co Serah 2 Telaga Minyak kepada Brunei?

Petroleum & Gas: Saman Awam Warganegara Ke Atas Kerajaan Malaysia

Kedaulatan wilayah adalah penting untuk setiap negara. Sepanjang sejarah, banyak perselisihan wilayah berlaku antara negara-negara yang telah mengakibatkan perang. Pengasas negara Malaysia memberikan penghormatan yang tinggi untuk melindungi wilayah kita dengan menyediakan peruntukan dalam Artikel 1 dan 2, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara ini. Berasaskan latar belakang ini, pendedahan tentang urus keluar wilayah Malaysia kepada Brunei adalah memeranjatkan.



Tidak kira betapa berkuasanya seseorang Perdana Menteri itu, namun Perlembagaan Persekutuan tidak sekali-kali membenarkan seseorang Perdana Menteri Malaysia menyerahkan sesuatu wilayah Malaysia kepada negara lain samada di daratan atau lautan.


Perbuatan demikian adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hanya dengan persetujuan Parlimen melalui rang undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh Parlimen sahaja sempadan negara boleh diubah.


Bertolak dari peristiwa penyerahan sempadan laut Malaysia kepada Brunei, kami menuntut tindakan berikut ini dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib:

•Mendedahkan kepada awam semua perhubungan antara Putrajaya dan Brunei, Sabah, Sarawak dan Petronas sehingga berlakunya penyerahan ini.


•Mendedahkan semua keputusan Kabinet mengenai perkara ini atau.


•Menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas dan telus untuk menyiasat isu ini.


Tidak pernah berlaku dalam sejarah moden negara kita kejadian yang sama berlaku selepas negara merdeka. Maka, demi kepentingan negara dan kepentingan awam, kejujuran, keterbukaan dan ketelusan oleh kabinet dan Perdana Menteri adalah sangat diperlukan.

Tindakan mengeluarkan sempadan negara, kemudian mengeluarkannya tanpa mengikut tatacara berperlembagaan dan bersifat unilateral dari Kerajaan Pusat, akan mengakibatkan terlalu banyak implikasi kepada negara kita. Satu darinya ialah integriti dan kedudukan Petronas sendiri sebagai badan multinasional yang terpaksa membatalkan kontraknya dengan pihak lain yang akan menunjukkan kontrak-kontrak dengan Petronas adalah tidak terjamin sekaligus akan melemahkan Petronas.

Selepas satu tempoh yang memuaskan berlalu tanpa sebarang tindakan seperti yang saya cadangkan di atas, saya mencadangkan sebilangan rakyat Malaysia memfailkan saman awam warga negara Malaysia (citizen civil suit) ke atas Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan pengisytiharan penyerahan ini adalah tidak sah dan bertentangan dengan kehendak Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti yang saya sebutkan.


Saya berharap ahli-ahli Parlimen, para peguam, NGO, dan orang perseorangan termasuk dari Sabah dan Sarawak, boleh bersama saya nanti memfailkan kes ini di mahkamah.


Saya juga akan menulis surat kepada semua ADUN Sabah dan Sarawak untuk mencadangkan kepada mereka agar menyatakan pendirian mereka dalam isu ini dan memanggil satu sidang DUN khas untuk membahaskan isu ini.


Sesiapa yang berasakan bertanggungjawab ke atas keputusan-keputusan sewenang-wenangnya menggadai wilayah negara ini, boleh menghubungi saya atau pembantu saya menerusi alamat email gadailautmalaysia@gmail.com.






YB Dato’ Haji Husam Haji Musa
20 Jamadilawal 1431
5 Mei 2010

1 comment:

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... dia org ni semua perompak harta negara... dia org peduli apa umi. asalkan kepentingan dia org lepas.

Umi apa khabar?baba dan adik2 semua sihat ke? maaf klau lama x tanya khabar umi sekeluarga.. sedikit sibuk skrg ni.

Sampaikan salam org kat baba dan adik2 semua.. semoga umi sekeluarga sentiasa diberkati. wassalam.