Hulu Selangor 25 April ini. Keyakinan itu bersandarkan kepada "kehilangan misteri" lebih
13,000 nama pengundi berdaftar di parlimen itu yang telah dipindahkan "secara paksa"
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pendedahan yang dibuat oleh Pengarah
Pilihanraya PKR bahawa ada 13,488 nama pengundi berdaftar yang dipindahkan
rupanya bukan "fitnah semata-mata". Malah ia disahkan oleh Timbalan Pengerusi
SPR, Wan Ahmad Wan Omar selepas itu.
Malah, beliau tidak menafikan cuma jumlahnya kurang sedikit dari itu. Kononnya
Malah, beliau tidak menafikan cuma jumlahnya kurang sedikit dari itu. Kononnya
perpindahan berlaku atas permohonan pengundi terbabit. Masalahnya, rata-rata
pengundi yang ditemui tidak pernah memohon untuk membuat pertukaran tersebut.
Soalnya kenapa ia berlaku, dan kenapa kerajaan takut isu tersebut dibahaskan
di parlimen bahkan ditolak bulat-bulat atas alasan tidak ada kepentingan awam
di situ. Mereka sebenarnya sudah berpakat dan merancang untuk menjatuhkan
maruah Anwar di Hulu Selangor. Ramai yang terkejut dengan kehilangan begitu
besar nama pengundi itu.
Bayangkan, kiranya kesemua yang hilang itu adalah pengundi PKR dalam
pilihanraya lalu. Makanya, sudah pasti BN berpeluang menang dengan majoriti
lebih besar dari yang dimilik PKR iaitu 198 dulu. Harus diingat BN menewaskan
calon PAS, Dato' Ismail Kamus sebelum itu dengan majoriti melebihi 14,000 undi.
Ini bermakna, SPR diarahkan melaksanakan tanggungjawab agar memastikan
nama-nama pengundi PKR itu dinafikan hak untuk mengundi.
Soalnya, bagaimanakah modus operandi itu dilakukan? Sedangkan Wan Ahmad
SPR secara jelas mengatakan bahawa perpindahan itu sudah berlaku agak lama
juga dan tidak ada kaitan dengan pilihanraya kecil Hulu Selangor. Apakah kita
boleh percaya ia tidak ada kaitan dengan pilihanraya kecil, sedangkan kita tau
SPR adalah komponen BN yang tidak berdaftar secara sah. Makanya, kami
cuba menyelidikan tektik dan strategi yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN
dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) ini. Ternyata, SPR begitu licik
mengatur strategi.
Berdasarkan laporan perubatan hospital ternyata Ahli Parlimen PKR ketika
itu iaitu Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (foto) tidak berpeluang untuk hidup
lama berdasarkan kepada penyakit yang dialaminya. Samalah kepada
penilaian doktor pakar terhadap mana-mana pesakit yang mengidap
penyakit kronik seperti kanser, buah pinggang dan sebagainya.
Statistik sudah dibuat bahawa tempoh tertentu diambilkira untuk pulih
Statistik sudah dibuat bahawa tempoh tertentu diambilkira untuk pulih
atau tiada harapan untuk pulih. Lantaran itulah SPR diarahkan oleh
UMNO untuk mendapatkan maklumat dari hospital tentang kesihatan
Allahyarham Datuk Dr.Zainal. Hasil maklumat doktor terbabit, maka
mudahlah untuk SPR membuat percaturan atas perkara memindahkan
nama-nama pengundi berdaftar tersebut.
Maka, perancangan dibuat dengan rapi dan mereka membilang hari
Maka, perancangan dibuat dengan rapi dan mereka membilang hari
untuk memastikan projek ini berjalan lancar tanpa disedari. Hinggalah
kematian Datuk Dr.Zainal diumumkan dan ramai rakyat terutamanya
penduduk Hulu Selangor tersentak dengan perkara itu, tetapi tidak
bagi SPR. Kakitangan mereka sudah melaksanakan tanggungjawab
lebih awal untuk memastikan projek menawan kerusi Parlimen Hulu
Selangor itu tercapai. Akhirnya ia berlaku dan mereka boleh mengatakan
apa sahaja seolah-olah perpindahan pengundi itu tiada kena mengena
dengan pilihanraya kecil kerana ia telah dilakukan sejak dari awal lagi.
Akhirnya, jika kes ini dibawa ke mahkamah sekali pun SPR tetap akan
Akhirnya, jika kes ini dibawa ke mahkamah sekali pun SPR tetap akan
menang kerana mereka sudah menyediakan bukti-bukti kukuh tentang
perkara ini. Sebaliknya bagi PKR dan Pakatan Rakyat, kita hanya
mencongkak hari-hari terakhir Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tanpa
memikirkan perpindahan pengundi itu berlaku.
[Lantaran itulah, bila pilihanraya kecil diumumkan ramai yang tidak
[Lantaran itulah, bila pilihanraya kecil diumumkan ramai yang tidak
menyedari nama mereka telah ditukarkan diluar pengetahuan mereka.
Apa yang boleh dilakukan kini?. Nasi sudah menjadi bubur dan SPR
berjaya menipu rakyat sekali lagi dengan modus operandi yang cukup
licik. Apapun, takdir yang akan menentukan. Mereka merancang tetapi
perancangan Allah itu adalah yang paling utama. Pastikan perkara ini
tidak berlaku di masa akan datang.
Jika ada mana-mana ahli parlimen yang sakit kronik maka sila pastikan
Jika ada mana-mana ahli parlimen yang sakit kronik maka sila pastikan
nama pengundi tidak berubah biarpun pilihanraya kecil belum tentu
berlaku lagi. Sediakan payung sebelum hujan, itu yang paling utama
dari terus terkejut dengan apa yang terjadi. Apa pun, SPR tetap
khianat kepada rakyat dan gagal laksanakan tanggungjawab
sebagai hakim pilihanraya sejak sekian lamanya].
1 comment:
sALAM
DEPA NAK MENANG KENA LA BUAT LAGU TU, HANG KAN TAK TAU PEGHANGAI YAHUDI, LEPEH TU DEPA BOLEHLAH LOMPAT TINGGI
Post a Comment