Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR hari ini.
Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.
Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu kerana dipermain-mainkan oleh pemimpin partinya.
"Saya dipermainkan pemimpin parti (PKR) untuk kepentingan individu tertentu. Kebanyakan pemimpin parti bersikap "kacang lupakan kulit" dan ini bukan prinsip dan sifat saya," katanya.
"Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain bermuka dua dan lidah bercabang," katanya yang membacakan kenyataannya.
Wei Shu juga berkata dia akan menjadi Adun bebas dan berjanji akan terus berkhidmat seperti biasa dan berusaha memenuhi kehendak rakyat.
Pada akhir kenytaannya, Wei Shu berkata pengundurannya itu tidak ada kena mengena dengan perlucutan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri Kedah.
1 comment:
PKR patut hati hati,kena buat sport Check sebab mungkin ramai lagi berudu dlm parti mereka termasuk spy UMNo pun ramai.
Post a Comment