Friday, April 23, 2010

60% PAKATAN RAKYAT DAHULUI DI HULU SELANGOR-ZENTRUM FUTURES STUDY

Friday, April 23, 2010-TERKINI PAKATAN RAKYAT MENDAHULUI 60%,
MAMPUKAH BERTAHAN HINGGA 25 APR INI?Hasil kajian Zentrum Future
Studies menunjukkan lebih 60 peratus pengundi yang terarah menyokong
Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor 25 April ini.

“Kajian Produksi awal Zentrum sebelum menamakan calon, PR masih lagi
mendahului lebih 60 peratus dan kita percaya data ini akan berubah kerana
telah wujud kepercayaan politik dalam diri pengundi di parlimen Hulu
Selangor,” jelas pengasas pusat kajian Zentrum Future Studies, Prof Madya
Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) kepada erapakatan.

Menurut beliau, dalam kajian awal Zentrum, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Datuk Zaid Ibrahim merupakan calon yang mempunyai intektual tinggi dan
ciri-ciri ini mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pengundi.

(Suasana di program anjuran PR yang sentiasa dipenuhi orang ramai di Hulu Selangor)


Selain itu, wujud kebangkitan golongan menengah yang menjadi pengundi terbesar
di Hulu Selangor iaitu dengan jumlah 68.4 peratus.

(Dalam program lain anjuran PR turut dipenuhi penduduk Hulu Selangor)


Demografi gender juga menjadi faktor penentu dalam PRK kali ini kerana
pengundi wanita yang akan menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor.


Selain itu, di Hulu Selangor wujud dua golongan iaitu golongan muda
dan golongan lama yang berfikiran konservatif. Zaid Ibrahim berkemungkinan
besar akan disokong golongan muda dan pada yang sama akan menghadapi
tentangan golongan lama.


Beliau yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti
Malaya menyakini Zaid sebagai simbol politik yang mampu membawa dimensi
baru dalam politik alaf baru yang memerlukan perubahan

(Sambutan yang dingin dalam program anjuran BN di Hulu Selangor)


Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih
berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

(Kerusi aje penuh tapi orangnya tiada. Satu majlis pemimpin BN bersama
rakyat di Hulu Selangor)


Daripada jumlah tersebut, orang Melayu merupakan majoriti dengan
34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India
masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan
12,453 atau 19.3 peratus

No comments: