Hujan turun sebaik Nik Aziz ketuai solat sunat Istisqa
Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan
pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat
negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat
dimulakan,
Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.
Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am
PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan
Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.
Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan
Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.
Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa
syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan
minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.
“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik
dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.
“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama
semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan,
mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.
“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka.
Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa
kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.
“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini
adalah berpunca daripada dosa.
“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat,
tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana
ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga
sosialis, tapi cara Islam” katanya.
Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan
pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam.
Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap
kali berlakunya kemarau”.
4 comments:
Subhanallah..
Subhanallah...walhamdulillah...
As salam..
Semoga Tuhan terus memberkati TGNA..
Kami sayang TGNA...
Ulamak adalah pewaris Nabi...
itulah kekuasaan Allah s.w.t..muga insaflah yang mana masih terlalai..
Post a Comment