Wednesday, March 10, 2010

PENGUMUMAN-PENGUMUMAN..MAK CIK-MAK CIK..PAK CIK-PAK CIK..TOLONGLAH DENGAR..


Lagi Untuk Rakyat Kedah.. Bela Ikan Keli La pulak...


Keli-K buka peluang jana ekonomi 
SUNGAI PAU - Kerajaan Negeri mengorak langkah menceburi projek penternakan Keli-K, sebagai salah satu cabang menjana ekonomi di samping membantu penduduk setempat mendapat peluang pekerjaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata, matlamat utama projek itu dilaksanakan untuk melahirkan ramai usahawan Bumiputera melalui program Contract Farming.

Menurutnya, sasaran pasaran projek berkenaan ialah 60 peratus untuk dieksport dan 40 peratus bagi pasaran domestik, usaha seperti itu secara tidak langsung akan mempromosikan negeri ini kepada masyarakat luar

“Kejayaan mewujudkan projek ini juga, akan membuka ruang kepada industri hiliran seperti sardin keli, bebola ikan, turut menggalakkan industri huluran seperti pemprosesan makanan ikan keli, penyediaan kanvas terus berkembang.

“Projek ini diharap bukan hanya menumpukan kepada pengeluaran tetapi muncul sebagai pusat sehenti kepada hasil keli di Kedah dan menyelesaikan masalah pemasaran dalam kalangan penternak,” katanya pada Majlis Perasmian Projek Penternakan Keli-K, kelmarin.

Azizan berkata, projek itu juga diharap dapat memberi pulangan yang baik kepada Kerajaan Negeri dan mampu meningkatkan kegiatan ekonomi rakyat di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Novel Sdn Bhd, Dr Ab Wahab Ismail, berkata, projek Keli-K dibangunkan secara usaha sama antara Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan Dawi Corporation Sdn Bhd melalui syarikat Novel Ventures Sdn Bhd.

“Projek itu merupakan cetusan idea Menteri Besar, memandangkan penternakan keli secara komersial dengan skala besar harus diterokai bukan sahaja kerana potensi pasaran, tetapi boleh menjana pendapatan penduduk di semua peringkat keusahawanan.

“D-Corp terlibat lebih tiga tahun dalam menghasilkan benih ikan keli secara kacukan diberi nama Keli-K menggunakan teknologi kanvas, dan berjaya menembusi pasaran Thailand dengan kuantiti benih Keli-K sebanyak satu juta benih sebulan,” katanya.

Menurutnya, spesies Keli-K mempunyai beberapa ciri menarik seperti tidak mempunyai sengat, mengandungi kadar lemak yang rendah serta protein tinggi, sesuai untuk tujuan pembuatan produk hiliran.

“Kami amat berbesar hati kerana kerajaan negeri menyediakan tapak seluas tujuh ekar sebagai tapak pembesaran benih ikan Keli-K di daerah ini, dan paling penting terdapat sumber air bersih yang dapat menampung keperluan projek ternakan itu.

“Pihak kami sendiri telah menerima sebut harga dari beberapa pembeli pukal, termasuk lapan bakal pembeli domestik dengan jumlah kuantiti sebanyak 680 metrik tan sebulan, dan potensi pasaran setakat ini ialah 1,260 metrik tan sebulan,” katanya.

No comments: