Tuesday, March 2, 2010

naik...naik...b END NAIK..HARGA IKAN PULAK DAH NAIK...

Harga ikan bakal naik - Bekalan ikan tempatan tidak mampu tampung permintaan


SEORANG peniaga di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur, Mahathir Yahya bimbang
bekalan ikan import akan merosot yang memaksanya menjual ikan tempatan
pada harga lebih mahal.

KUALA LUMPUR - Pengguna di negara ini bakal berdepan dengan kenaikan harga semua jenis ikan segar yang dijangka meningkat sehingga RM3 sekilogram jika pihak pengimport dan pemborong terus enggan membawa masuk ikan import.

Tinjauan di kalangan peniaga ikan di seluruh negara semalam mendapati ramai di kalangan mereka menjangka harga ikan akan naik kerana bekalan ikan akan berkurangan memandangkan bekalan ikan tempatan tidak mampu menampung permintaan semasa.

Menurut mereka, secara purata harga ikan mungkin akan naik sehingga RM3 sekilogram atau lebih dan ia akan mula terasa sekiranya boikot itu berterusan selama tiga hari berturut-turut kerana ketika itu stok ikan semasa sudah kehabisan.

Lebih membimbangkan, kenaikan itu akan memberi kesan kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana kerana kebanyakan ikan yang diimport merupakan sajian utama mereka seperti ikan kembung, selar, selayang, cencaru serta bawal gred rendah.



Seorang peniaga ikan di Pasar Chow Kit di sini, Rosli Abdullah, 24, berkata, jika boikot berterusan, pembekal pasti akan menaikkan harga borong dan beliau terpaksa melaraskan harga jualan ikan.

"Ketika ini sebanyak 70 peratus bekalan ikan di pasar ini diimport dari Thailand," katanya ketika ditemui semalam.

Pemborong ikan di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan, Zakaria Abdul Hamid, 35, pula berpendapat, harga ikan mungkin akan naik sedikit masa lagi jika boikot berterusan.

1 comment:

zai said...

Salam Kak Leha...

Dah tak boleh teruskan pembacaan entri ni..sbb saya pun dah nak naik angin ni...alahai..nampak gayanya..yang susah akan semakin susahlah..dan jenayah akan semakin menjadi-jadi akibat tekanan hidup yg semakin sukar..