Thursday, March 11, 2010

BILA NAK BERTINDAK??



gambar ni saya ambil semasa pulang dari Grik tempoh hari.ini juga sebahagian dari kes curi balak di Perak.

Pembalakan haram di Perak
Salman Saleh
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal dengan
kegiatan pembalakan haram sepertimana yang di dedahkan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak
yang telah merampas ratusan kayu balak yang bernilai jutaan
ringgit di kawasan seluas 100 hektar di kawasan pergunungan
berhampiran sempadan Perak dan Pahang di Jalan Simpang Pulai-
Cameron Highlands.

DPPN Pk amat risau dengan perkembangan tersebut terutamanya
kejadian pembalakan haram, tanpa tindakan konkrit dari pihak
berkuasa bagi menghalang kejadian seumpama itu berulang lagi.

Kelemahan penguatkuasaan dan juga unsur
rasuah adalah punca utama berlakunya kegiatan
pembalakan haram ini. DPPN
Pk merasakan sudah tiba masanya pihak-pihak
yang terlibat berkaitan mesti
duduk semeja bagi memastikan kegiatan ini
dapat di cegah. DPPN Pk
juga bimbang pihak-pihak yang telah
mengeluarkan balak haram
tersebut yang mana tindakan mereka ini
telah merugikan kerajaan.
Walaupun kejayaan SPRM menyelamatkan
ratusan kayu balak yang
bernilai jutaan ringgit di kawasan seluas
100 hektar tetapi bagaimana
dengan balak yang telah di keluarkan
sebelum ini atau di tempat-tempat
lainnya. Kerajaan mesti serius di dalam
perkara ini jika hendak selamatkan
wang rakyat. Oleh yang demikian, DPPN
Pk mendesak supaya
ditubuhkan satu Jawantakuasa Khas
bagi menyiasat punca berlakunya
kelemahan kawalan yang akan
menjejaskan infrastruktur hutan dan
alam sekitar di Negeri Perak. DPPN Pk
juga meminta supaya di dedahkan
kepada umum penglibatan pihak-pihak
yang bertanggungjawab di dalam
kegiatan pembalakan haram ini.

Penulis adalah naib ketua Dewan Pemuda PAS Perak

No comments: