Thursday, March 4, 2010

ANDA SETUJU DENGAN PENDAPAT INI...

Nasib PR Dalam PRU Akan Datang

www.PemudaGombak.com

Acara lompat parti sedang berlansung sekarang. Jika ia berterusan, akan memberi kesan kepada PRU akan datang.

Kalau dilihat trend pilihanraya, dalam 20 tahun kebelakangan, keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) akan berpihak kepada pembangkang secara berselang seli.

Kita analisa satu per satu.

Kita mulakan pada PRU 1990 – di mana PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) berjaya menawan Kelantan.

Kemudian pada PRU 1995 – PAS masih bertahan di Kelantan, namun banyak kerusi-kerusinya yang dimenangi pada 1990 jatuh ke tangan BN dan BN menang besar.

Pada PRU 1999, selepas gelombang REFORMASI, PAS berjaya menempa tempat yang luas di Parlimen, dan banyak kerusi Umno-BN kalah.

Seterusnya, pada PRU 2004, kita menyaksikan PM hadhari yang baru dilantik, Abdullah Badawi, BN berjaya menempa sejarah terbaiknya apabila menang besar dan BA kalah dengan teruknya.

Akhir sekali, pada PRU lalu, gelombang tsunami politik melanda negara apabila pertama kali dalam sejarah, BN hilang majoriti 2/3 dan ia membawa kepada pengunduran Pak Lah Hadhari daripada jawatan PM.

Ia berselang seli, naik turun naik turun.

Dan yang menariknya, naik turun naik turun ini sejajar dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Tahun-tahun yang BN menang – 1995, 2004 – adalah tahun-tahun persempadanan semula.

Tahun-tahun BN “kalah” pula – 1990, 1999, dan 2008 – adalah tahun-tahun tiada persempadanan semula.

Kalau jumlah ahli parlimen BN yang menang pada PRU lalu kekal sehingga PRU akan datang, maka kalau diikutkan trend tadi, BN akan terus-menerus kalah dan tidak mustahil giliran BN menjadi pembangkang!

Kekerapan persempadanan semula dibenarkan oleh peruntukan undang-undang adalah kira-kira setiap 2 kali pilihan raya, dan pilihan raya akan datang “dibolehkan” persempadanan semula dilaksanakan.

Dan persempadanan semula memerlukan majoriti 2/3 ahli parlimen menyokong usul tersebut.

BN amat takut kepada PRU tanpa persempadanan semula kerana ia berpotensi menjadi tahun-tahun malap bagi BN sebagaimana PRU 1990, 1999, dan 2008.

Justeru, dengan apa cara sekali pun, by hook or by crook, mesti membuat persempadana semula. Itulah yang berlaku sekarang!

BN sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa ahli-ahli parlimen untuk mencukupkan majoriti 2/3. Ia tidak sukar bagi BN. Lagikan Perak dapat dirampas, inikan pula sekadar untuk mendapatkan kembali majoriti 2/3.

Maka, kepada semua parti-parti Pakatan Rakyat perkara pertama yang perlu dilakukan sekarang ialah untuk menjaga YB-YB anda – terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) – yang telah menunjukkan “jalan” melompat.

PKR menjadi sasaran utama Umno kerana ia adalah parti serpihan Umno dan YB-YB mereka sudah diketahui latar belakang oleh Umno. Sementelah lagi, telah ramai pimpinan-pimpinan PKR yang telah lompat ke dalam Umno sebelum ini. Maka tidak hairanlah sekiranya maklumat setiap YB PKR berada di dalam genggaman Umno.

Untuk rekod, peristiwa hitam di Perak adalah sumbangan bekas YB-YB PKR bersama dengan seorang lagi daripada DAP. Kita tidak mahu lagi insiden sama berulang lagi.

Selaku penggerak dan pengundi PRU yang lalu, kami amat memohon kepada PKR dan DAP menjaga sebaik mungkin YB-YB mereka dalam saat-saat genting ini.

Berdasarkan rekod prestasi YB-YB PAS, mungkin ini masanya untuk PAS mengetuai PR. Dalam masa sama, kerusi-kerusi YB-YB PKR yang telah keluar dan lompat parti, diberikan kepada PAS. Begitu juga kerusi-kerusi tradisi PAS yang ditandingi PAS diserahkan kembali kepada PAS.

Dalam masa sama, berdasarkan rekod semasa PKR tidak perlu lagi “demand” untuk bertanding di dalam PRU akan datang. Jika tidak acara lompat melompat parti ini akan berterusan.

Setakat ini PAS menunjukkan rekod yang baik.

Bilakah kali terakhir anda mendengar berita YB PAS melompat parti?

Ada, duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ketika zaman transisi kepimpinan ulama’ di dalam PAS. 25 tahun lalu.

2 comments:

Pak Oncu said...

Gua tak akan pangkah PKR,,,,,,,,,,,,, tapi PAS n DAP yessssssssss,,,,,,,

anakmuaallaf said...

sokong Pak Oncu