"Sister In Islam, NGO ultra feminis yang didalangi oleh anak-anak kepimpinan UMNO termasuk Tun Mahathir dan Pak Lah mengulangi serangan mereka ke atas undang-undang Islam dengan menyifatkannya sebagai zalim dan diskriminasi terhadap wanita.
Mengapa ahli dan blogger UMNO yang kononnnya marah dengan DAP relaks relaks sahaja bila berdepan dengan SIS? Kenyataan SIS disertakan.
Sisters in Islam pada 19 Rebruari 2010 mendakwa tindakan Jabatan Penjara pada 9 Februari lalu merotan tiga wanita Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram sebagai satu diskriminasi terhadap wanita.
Pertubuhan itu mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.
Dalam kenyataan akhbarnya itu, Pengarah Eksekutif Sis, Hamidah Marican berkata, memandangkan beberapa isu syariah berhubung pelaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.
UMNO jelas mengambil sikap yang tidak konsisten dalam isu Islam. Dalam kebenyakan waktu, UMNO memperleceh syariah Islam. Apabila sokongan kaum bukan Islam semakin hilang, UMNO tiba-tiba cuba membakar isu agama dan menonjolkan diri mereka sebagai tokoh Islam. Pada masa sama, NGO mereka membuat kenyataan-kenyataan anti-Islam.
PAS pernah mengesa Majlis Fatwa agar menyiasat samada SIS bercanggah dengan Islam dan mengeluarkan fatwa. Sayangnya, mufti-mufti kecuali Perak 'menggeletar lutut' bila berdepan dengan SIS. Sekalipun amarah di hati penulis berhubung isu Perak masih belum redha, penulis mengucapkan syabas kepada Harusssani dalam isu SIS.
Kepada UMNO, kuman diseberang laut boleh nampak, bangkai gajah dalam rumah sendiri korang tak nampak?
Bak kata tok Guru: Pergi jahanam dengan UMNO.
Sumber
5 comments:
Salam AnakMuaalaf,
Kalau nak sama-rata, kita belikan untuk anak lelaki dan anak perempuan dua buah songkok atau dua helai tudung semasa hariraya nanti.
Salam akak,
Maka benarlah firman allah
Allah berfirman dalam hadis Qudsi:
"Aku ciptakan hamba-hamba-Ku dalam keadaan lurus bersih, maka syaitan-lah yang
memalingkan mereka." (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Waalaikummussalam
DR,
Setuju dengan DR.Dan nama anak juga jangan ada bezakan...bin dan binti jangan diletakkan pada nama..dah nak sangat sama rata...
AYID,
Satu-satunya NGO yang ALLAH bagi akal tetapi tidak dihargai akal itu untuk berpikir dengan waras..nah sekarang ALLAH dah tarik nikmat akal itu..maka cakapnya pun jadi meraban..
SIS memang ada akal tapi tak pakai akal,nak bagi sama macamana, yang disebat dibawah peruntukan undang-undang mahkamah syariah bukan dibawah Akta Kanun Jenayah,lain kali SIS faham dulu baru beri ulasan,
Salam Nik Ismail,
Setuju dengan saudara.SIS kena ulas gunalah akal berlandaskan al- quran dan al- hadis.
Post a Comment