Thursday, February 18, 2010

SEBUAH EPISOD DUKA - LELAKI ATAU JANTAN NI...ATAU HAIWAN ATAU BINATANG..

-via emel-
Mcm x setuju je sttment ni "pompuan yg dah kawin ni nasib dia bak untung
sabut timbul, untung batu tenggelam...
Kengkawan baca sampai habis tau......tabah nyer org nie......betul gak kata
orang "pompuan yg dah kawin ni nasib dia bak untung sabut timbul, untung
batu tenggelam..."
Kisah Dari Mahkamah Syariah: Jantan terlampau

bhnita@bharian.com.my
Bekas pesakit barah payu dara kongsi pengalaman pahit 'dihina' bekas suami

MINGGU ini, ruangan ini memberi peluang kepada seorang pembaca yang menulis mengenai kisah hidupnya. Sedih sekali membaca kisah Khadijah (bukan nama sebenar) yang mendapat layanan buruk daripada suami yang sepatutnya melindunginya. Ikuti tulisan beliau.

"Saya tertarik hati membaca tulisan Siti Nur Almizan bertarikh 8 Oktober
lalu di halaman Ratu, Berita Harian bertajuk 'Sokongan Suami Penawar Duka'
kerana saya juga pesakit barah payu dara, tetapi nasib saya kurang baik
sebab 'suami menambah duka'.
Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun. Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai penyakit itu tanpa suami.

Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi
tidaklah terlalu memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang
pendidik). Saya akur dengan nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya.

Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam
keadaan yang cacat 'mahkotanya'. Perasaan berbelah bagi sama ada hendak
bedah atau mencari pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan
keluarga. Namun apabila membayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri 'Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak'
dan saya menerima musibah ini sebagai ujian Allah selepas diberi kaunseling
oleh seorang jururawat. Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya, tetapi jawapan yang diterima ialah "Kalau doktor kata bedah ....bedahlah.... kalau sampai masa untuk mati... matilah nak buat macam
mana?.."

Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak
mahu menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu
pelajaran mereka terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami
setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya
seadanya selepas pembedahan.

Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi
sebelum itu doktor menasihatkan suami untuk bercuti pada hari pembedahan,
tetapi suami tidak bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke
hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata "tengoklah
kalau sempat datang" (saya akan di bedah jam 8.30 pagi).

Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju
bedah, suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik
Bedah tanpa iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya,
juga untuk saya mencium tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang. Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan begitulah seterusnya. Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh
seorang jururawat hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata: "Buat apa beli harganya mahal... sumbat sajalah dengan kain buruk!" Apakah perasaan saya ketika itu?

Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan
gunakan hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10
tahun guna) kini saya sedang mencari di mana boleh membeli yang baru. Saya pernah mengajak suami untuk pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.

Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi ke
hospital sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta
contoh ketika membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya
terpaksa bersabar dengan rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami.

Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas
pembedahan, tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidak
jemu untuk memujuk supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi, saya akan mengalami
muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya.

Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja
rawatan kerana sikapnya itu, dia menjawab: "Suka hatilah. Kalau Tuhan nak
pendekkan umur, rawatan macam mana pun tetap mati juga."

Itulah kata-kata 'sokongan' yang saya terima daripada suami, yang penting
baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi
memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat.

Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya
diberi ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang
menyedihkan. Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati.

Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli
ubat-ubatan (vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan
sendiri. Suami tidak percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau
kurang sihat sebaliknya dia akan menuduh saya sengaja berkata begitu
sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya. Bermakna saya mesti sihat
sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga.

Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin sebagai 'Syifa' (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga anak-anak boleh berdikari. Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji, sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah.

Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari
ketenangan di sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah. Memang Allah
itu maha pengasih ketika saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya
memohon untuk menunaikan Fardu Haji di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji dan saya pergi tanpa suami
dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu.

Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah. Doktor ada membekalkan ubat-ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam.

Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada
saya, dapat mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudah pun bekerja, hanya seorang lagi anak masih lagi di IPT.

Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha
untuk yang terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari
segi masa mahupun kewangan. Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan
dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru
Cemerlang pada 2008. Saya sentiasa positif dan ceria kepada semua perkara
yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa percaya bahawa saya adalah
pesakit barah payu dara.

Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan
datang lagi selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri.
Saya rasa apa yang saya lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55 kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah Syariah.

Saya dijatuhkan talak dengan alasan 'isteri enggan melayan suami' selepas
30 tahun hidup bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib
dan hina sekali, saya tidak mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu
menjaga maruah suami di mahkamah sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan 'layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai sebelah payu dara?'

Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai
guru yang agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya
sangat letih (waktu balik jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah
sampai ke rumah). Ketika itu suami sudah bersara wajib 56 tahun.

Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya
tidak pernah ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih.

Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin
berpanjangan, saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi
saya. Suami keluar dari rumah ketika saya bekerja. Suami balik ke
kampungnya dan mungkin bercerita kepada saudara-mara di sana mengenai
kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan kepadanya.

Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang
berbunyi.

"Jumpa di pejabat kadi," dan saya membalas "Untuk bincang apa?" Dia
menjawab SMS "Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!"

Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang
dia akan berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Dia tak macam engkau", mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat mahkotanya? Kenapa ya...

Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini?
Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?

Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa
akan berlaku pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada
penyakit itu, saya reda ianya menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya.
Itulah semangat yang mula tertanam di hati saya."

Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah
biarkan penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan
dan kata-katanya bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga,
kerana hakikatnya Khadijah jauh lebih baik daripada bekas suami.

Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan
atau kata-kata melampau suami, amat terpuji. Kehilangan payu dara bukan
noktah kepada kehidupan. Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah
'dipilih' kerana kesabaran tinggi yang dimiliki.

Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun paling menyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti. Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami.

5 comments:

sYuk said...

isk3 kejamnye laki die..nmpk sgt kawen sbb lain neyh..tape2 wanita ini memang hebat

tice said...

salams..

1 kisah yang mengharukan & ada terselit hikmahs besar di sebaliknya..InsyaAllah....Redha & sabar menghadapi ujianNya..adalah sebaiknya..

Setiap perbuatan ada balasannyer dari ALLAH..yang baik dibalasi dengan baik & begitulah sebaliknya..

Na'im Nikmat said...

Salam Akak,
Akhlak merupakan satu pancaran daripada kemurnian aqidah yang dianuti oleh seseorang insan. akhlak yang baik adalah gambaran daripada aqidah yang benar yang jauh daripada unsur-unsur penyelewengan Akhlak yang buruk pula merupakan racun yang membunuh manusia, yang merosakkan aka] fikiran, keaiban yang terbuka serta kehinaan yang jelas menjauhkan seseorang itu dari berhampiran dengan Allah, Tuhan semesta alam.

Justeru itu kedua-dua sifat akhlak ini memerlukan kita mengenainya, bermujahadah untuk mendapatkan akhlak yang baik serta bermuhasabah pula untuk menghindarkan akhlak yang buruk.

Memang Suami dalam cerita ini langsung tiada akhlak seorang Muslim. Kita biasa diceritakan bagaimana akhlak Rasulullah S.A.W terhadap isteri-isteri Baginda tapi kenapa kita langsung tidak mahu mengikut sunnah yang telah Rasulullah S.A.W tunjukkan. Semoga saya dijauhkan daripada sifat seperti manusia yang bergelar 'Jantan' itu....

~PakKaramu~ said...

Jika dia seorang melayu memang dia melayu bangsat, jika dia seorang islam melakukan demikian eloklah dia jadi anjing, suami yang cam ni elok di buat umpan buaya aje

Grrrrrrrrr !

mrlobi said...

1.suami patut memberi sokongan...
2.'hakim' kena dengar keterangan kedua2 belah pihak sebelum memutuskan 'hukuman'...
3.mungkin tak perlu bercerai..kawen je lagi satu....
4.ketabah 'pn khatijah' mmg hebat...