JANGAN MAKAN LAGI FISHBAL, NUGGET KALAU ANDA TAK KENAI /TAHU SIAPA PEMBUATNYA TERUTAMA DI PASAR MALAM.
KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram.
Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.
Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.
Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.
yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan
di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang .
Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.
bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk
"Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.
Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain.
Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.
merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan
di Kepala Batas
Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B semalam.Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari./ end
3 comments:
SALAM AKAK...
NAK KEJAR KEUNTUNGAN PUN BIARALAH MENGIKUT SYARAT YANG DITETAPKAN AKTA MAKANAN.. DISEBABKAN SIKAP SEGELINTIR PENGUSAHA MAKANAN MACAM INILAH YANG BANYAK MENYEBABKAN KES KERACUNAN DI KALANGAN RAKYAT.. HUHUHU, SEPANDAI-PANDAI TUPAI AKHIRNYA JATUH JUGA.. KAN DAH KENA TANGKAP...INSAFLAH YE...
salam kak..
perbuatan biadap yang tidak boleh dimaafkan..salah siapakah semua ini...pengusahakah,kerajaankah atau kita sendiri sebagai umat islam....
kadang kala tetanya-tanya mengapa perkara seperti ini kerap terjadi???di kelantan perkara seumpama ini tidak pernah terjadi..mengapa??kerana semua kaum di kelantan saling memahami budaya dan larangan agama antara satu sama lain..
seperti dalam entry yang saya buat sebelum ini bertajuk "1MALAYSIA : KELANTAN PENGAMAL KONSEP "1MALAYSIA" YANG SEBENAR!!!"..jika negeri lain mampu mengikut jejak kelantan hamba rasa insaallah perkara seumpama ini boleh dielakkan..
selain itu juga sikap tidak tegas dan serius kerajaan menanangi perkara ini menjadikan ianya berulang-ulang tanpa kesudahan..hukuman yang dikenakan kepada pengusaha terlalu ringan...
selain itu kita sebagai umat islam juga turut bersalah...sikap kita yang terlalu bergantung kepada produk yang dihasilkan oleh bukan islam tanpa memikirkan kaedah dan cara memperbanyakkan pengusaha dikalangan masyarakat islam menjadikan hal ini tidak berkesudahan...
oleh yang demikian hamba rasa hanya dengan memperbanyakan pengusaha dikalangan masyarakat islam barulah perkara seumpama ini mampu kita tangani...walllahualam..
org copy eh.. hehehe
Post a Comment