Monday, February 22, 2010

BEGINIKAH JADINYA- HUBUNGAN TERLARANG....

via emel

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb


Bu, adik Cuma ingin bertanya…

Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...

Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?


adik cuma nak tanya je bu.....


Your browser may not support display of this image.


9 comments:

Mohamadazhan.com said...

astaghfirullah....

manusia skang dah teruk dari binatang. ni bala Allah kerana ingkar dan sombong dari melaksanakan hukum Al Quran dan Sunnah.

Unknown said...

Salam sahabat

Inilah jadinya bila manusia lupa diri. Lupa yang dia adalah manusia. Sedangkan haiwan tidak semua memakan anaknya.

Kalau haiwan tidak berakal, mereka ini lebih tidak berakal. Rasanya Syaitan pun sayangkan anak!

mantaro said...

Ibu juga tahu naluri kasih sayang!

triple x malaya said...

menitis air mate..

Unknown said...

Astaghfirullah..
Saya tak sanggup tegongok semua gambar tu.
"Mereka itu seperti Binatang ,bahkan lebih hina dari binatang"

Inilah hasilnya apabilapendidikan agama tidak dijadikan asas dlm pendidikan negara.Bandingkan di zaman DSI Anwar jadi menteri pelajaran dulu.Masa tu Pendidikan Islam dijadikan mata pelajaran wajib lulus dan wajib ambikuntuk UITM.Tapi sekarang setelah Agama di pinggirkan akhlak pelajar2 IPT semakin teruk menjunam.Tak nampak lagi ke??
Bangang punya Umno,Sunnah nabi untuk di amalkan bukan hanya untuk di pamerkan pada setiap kali sambutan maulidurrasul.
maaf akak.Bila tengok gambar tu sy jadi emo.

Unknown said...

Salam ayahnda Moundweller,sebenarnya mereka ini lebih jahat dari iblis sedangkan Iblis tak pernah buat anak dia macam ni.Ada pernah dengar dalam mana2 kitab Iblis buang anak dia?tak ada kan.mmg sahlah org macam ni lebih jahat dari Iblis...

ISA said...

Allahuakbar... tak tau nak cakap apa lagi... terkedu melihat gambar2 tu semua.

Sewaktu anak bongsu saya berumur seminggu, doktor hendak mengambil darahnya, dan saya yang dukung beliau ketika itu.. meleleh air mata melihat jarum menyucuk ke urat lengannya di sertai dengan raungan tangisannya. Kini dah 3 tahun umurnya...

Inikan pula... dengan manusia2 durjana yang sesuka hati buang anak yang di kandung selama 9 bulan.

Ibnu Rashid said...

salam, kak...

pa habaq? (tukaq tajuk sikit no..)..sb ayat yg depa komen kat ataih tu sama mcm saya nak komen jgak la....he he he...

jgn maqah no...kak.
i follow...

roslaini saad said...

RAsa nak menangis saya tengok gambar-gambar ni....apalah dosa mereka hingga diperlaku begini. ..Tapi alhamdullillah tempat mereka sekarang di syurga.Kucing pun tahu sayang anak...aduhai...