Sultan Johor Mangkat
JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat hari ini.Baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam semasa dirawat di Hospital Pakar Puteri.
Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini.
Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.
Sultan Iskandar meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.
Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
No comments:
Post a Comment