Tujuan majlis ini ialah sempena "Pelancaran Setahun KUDETA".Ada blog kata mesyuarat khas.Tak ada mesyuarat pun.......
Kami sampai tepat 9.15am. DS Nizar suruh makan dulu.Ramai rakan media lain dah sampai.Caterernya Kak Ju.Masakan Kak Ju memang sedap.Banyak pimpinan dan YB Pakatan Rakyat dah sampai.Pemimpin Kelab Penyokong dan pimpinan Muslimat PAS dan Wanita PKR serta DAP juga turut diundang.
Tepat jam 9am majlis PC bermula.YB Idham Lim selaku pengerusi.DS Nizar mulakan ucapan.
"memula dan melancar bagi mengingati Rampasan Kuasa 6 february bersamaan 10 sapar.Sudah 1 tahun berlaku banyak kesan negatifnya kepada rakyat.11 bulan PR memerintah banyak kejayaan yang dicapai.Walaupun sudah dirampas ADUN PR tetap menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat.
11 bulan BN memerintah hanyak meniru idea dari PR.Seperti dermasiswa kepada anak-anak yang ibubapanya berpendapatan bawah RM1500.
Lapuran Audit Negara juga menunjukkan PR memerintah dengan cemerlang.
Kutipan zakat juga meningkat.Sebanyak RM58j berjaya dikutip diera PR.
UMNO berjaya mengutip 45j-itu pun yang tertinggi sepanjang pemerintahan UMNO di Perak.
PR juga berjaya memberi geran hak milik kepada penduduk kampung tersusun dan kampung baru.Selama ini UMNO memerintah Perak kenapa tak diberi geran?"
PR juga akan membuat tour seluruh Perak bermula dari "pokok demokrasi" dan akan berakhir di Teluk Intan.Tour ini akan singgah di semua bandar-bandar di negeri Perak.
Satu Sekretariat Pakatan ditubuhkan dan di ketuai oleh Dr Khairudin.Muslimat dan Wanita PR juga akan mengadakan program sepanjang tour ini berlangsung.
PAKATAN RAKYAT juga tetap dengan pendirian bahawa DS Nizar tetap akan dilantik menjadi MENTERI BESAR PERAK sama ada DUN dibubarkan atau PRU 13.
Hari ini sudah genap 75 hari kes rayuan terperam di Mahkamah.Dan DS Nizar juga menunjukkan bukti senarai nama polis yang membuat permohonan i/c awam.Ianya berlaku di Manjung.
gambar akan menyusul kemudian.
No comments:
Post a Comment