Monday, January 4, 2010

ISH.... LAMBATNYA NAK RAYU..ADA PASAI LAIN LA TU..

Masa hangpa rayu isu MB Nizar dulu 8 jam saja hangpa dah menang.Ni awat isu kalimah Allah ni hangpa dok bagi lambat.Awat hangpa ingat kami bodo ka.Hangpa nak katup isu gula naik harga hangpa dok pelambat isu ni.Hangpa ni banyak auta sungguh no..depan Allah esok hangpa nak auta apa lagi..Masalah yang tak sangkut dengan aqidah hangpa dok pebesaq..Ni yang orang tah gheti semayang..yang dok mentekedaghah arak awat hangpa tak mau pebesaq.????????Yang dok pi tikam nombot ekoq...hangpa dok tambah lesen judi lagi pasai apa??????????

Kalau dah hangpa tau isu ni melibatkan agama Islam... yang menteri undang-undang pi lantik cina kapiaq tu buat apa?????La ni hangpa dok melalak rata kampong..Ludah kelangit timpa batang hidung sendiri...Baru hangpa tau ayaq liuoq hangpa busuk ka.. dak ka..Tok wan hangpa kata usus hangpa busuk...Takkan tok wan hangpa tak kenai sapa cucu dia kut...

Isu penggunaan kalimah Allah dalam akhbar Kristian - Kerajaan akan buat rayuan - PM



PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) meminta umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu 'memanaskan' isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katolik menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitannya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar bahawa isu itu amat sensitif serta menyentuh perasaan umat Islam di negara ini dan kerajaan akan menangani isu itu sebaik mungkin.

"Kerajaan amat sedar dan prihatin akan pelbagai reaksi yang telah kerajaan terima sejak keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

"Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan terutama sekali umat Islam. Kita hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar di Parlimen Pekan di sini.

7 comments:

Unknown said...

Kalau segal-galanya ikut skrip lambat lagilah Umno nak buat rayuan.

Nak tunggu jumpa Agung (temujanjinya belum dibuat lagi) nak bentang dalam mesyuarat raja-raja bila pulak mesyuarat tu akan diadakan? Ini cuma soalan bukan saya yang creat the issue. Najib yg cakap smlm.

Umno nak tunggu jumaat depan nak buat demo lagi, sbb demo smlm cuma dua tiga puluh orang aje yang datang dalam satu-satu tempat.

Kita PAS tak halang, teruskan lah agenda nak berdemo lagi tu. bagus sangatlah tu. Cuma kita nak kau jawab soalan mudah aje. Apa pasal dah lebih 50 tahun perintah negara "Nak jaga nama Allah pun tak MAMPU"
Kau bagi hakim kafir Ms Lau Bee Lan untuk menghakimi kes ni apa hal? Apa motif sebenar kau? Nak perangkap PAS. Sorry kita tak sebodoh itu kawan oii.

Unknown said...

Salam. Babah melihat hal ini cuba dipolitikkan oleh UMNOmore. Apa sahaja kesempatan hatta agama pun digunakan untuk kepentingan mereka. Dengan pengumuman bahawa rayuan akan dibuat, mereka berharap rakyat memandang mereka sebagai pembela agama/Allah. Rakyat yang dimaksudkan itu ialah mereka yang menyebut "takbir" dengan "take beer".....

anakmuaallaf said...

SPKR,
Mereka akan pastikan alasan demi alasan akan diterjemahkan dalam bentuk isu untuk menutup lubang-lubang jamban mereka.Asalkan survival politik mereka diutamakan dan rakyat didungukan.

anakmuaallaf said...

Waalaikummussalam Babah,
Apakah "take beer" bukan perkara aqidah?Kenapa mereka hendak perbesarkan siasah sya'riah?
Sedangkan perkara aqidah dimain-mainkan

Unknown said...

Salam AM

... always slow, ni yg kita tunggu semalam baru nak bersuara

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1399:ia-satu-penghinaan-dato-ustaz-harun-taib&catid=36:berita-nasional&Itemid=84

BUJANG SUSAH said...

Betul punya marah umi ni... takut org... hehehee

anakmuaallaf said...

Bujang,
Takut orang apa Bujang..Umi takut pada Allah sahaja...Takut kuffur seperti kata mantan lecturer umi.