Saturday, January 9, 2010

GELABAH BERUK UMNO-

Umno gelabah bila dibicara dimahkamah rakyat

Saya terkejut degan kenyataan YAb PM yg berkaitann isu pengeboman dan pembakaran gereja yangg bertajuk 'JANGAN MENUDING JARI PADA UMNO' seperti yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar hari ini.

Saya menyifatkan kenyataan tersebut menggambarkan betapa PM menyedari bahawa umno/bn sedang dibicarakan oleh mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan umno dikandang orang salah. Perbicaraan dimahkamah rakyat menggambarkan umno sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi.

Kepada PM ingin saya nyatakan bahawa rakyat menuding jari pada umno dan pemimpinnya adalah berasaskan perangai pemimpin umno yang rasis. PM Najib mungkin mudah lupa pepatah melayu yg berbunyi 'siapa yg menanam dialah yg menuai hasilnya'. Kini umno sedang menerima akibatnya.

Najib perlu imbas kembali pada peristiwa 22 tahun lalu yang melibatkan beliau sendiri sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan membawa kepada penyalahgunaan ISA (ops lalang) keatas pemimpin pembangkang dan ngo yang dimangsakan oleh politik jahat umno, peristiwa mencium keris oleh bekas ketua pemuda umno(DS Hishammudin) dgn sentimen perkauman,peristiwa serangan induvidu pemuda umno keatas Yb.Karpal Singh diparlimen, peristiwa memijak kepala lembu dan yang terbaru provokasi isu penggunaan kalimah Allah untuk majalah Herald dimana kenyataan PM dan DS Hishammudin seolah olah menggalakkan tindakan tersebut.

Saya merujuk kepada kenyataan dari peristiwa ini dan mempertikaikan keikhlasan umno dalam menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah.

Umno ingat dia boleh menggunakan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian untuk tujuan politik murahan, tetapi jelas senjata makan tuan,rakyat tidak lagi mempercayaai umno. Inilah petanda umno/bn telah kehabisan dan kehilangan hak untuk memerentah negara.

Saya mengajak rakyat berbilang kaum dan agama untuk bersama sama dengan PAS khususnya dan PR amnya berjuang untuk memuziumkan umno/bn dalam PRU ke 13 nanti. Kepada parti parti kompenan BN saya mengajak mereka menyingkir umno dari bn atau mereka meninggalkan bn untuk bersama PR membawa wajah baru politik Malaysia.


Dato'Haji Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena

2 comments:

Unknown said...

Salam Puan Zaleha. Babah berharap kita dapat membiarkan ahli-ahli politik menyelesaikan masalah ini jika keadaan menjadi tidak menentu. Hindarkan diri daripada menjadi petrol yang menyemarakkan suasana ketegangan. Berstrategi lebih baik daripada mengikut hati. UMNO tetap UMNO yang kita kenal lama dulu. Apabila elemen keselamatan bercampur, kita melangkah setapak ke belakang...masih melangkah, bukan berundur. My 2 cents.

rosnanie said...

salam kak leha, ibarat siapa yang makan cili...