Sunday, January 10, 2010

DR MUJAHID DAN PERPADUAN NASIONAL

Petang tadi satu taklimat mengenai Lajnah Perpaduan Nasional diadakan di Markas PAS Kawasan Teluk Intan.Beberapa PAS kawasan hadir. Taklimat ini khusus untuk AJK Lajnah Perpaduan Nasional.
muslimat yang hadir
barisan muslimin
walaupun membawa anak kecil muslimat tidak pernah menyerah kalah
dr mujahid tetamu utama
yb zainudin dalam sessi dialog


Dr Mujahid Yusuf Rawa.Siapa yang tidak kenal tokoh ini.Cara penyampaian yang santai dan bersahaja tetapi berfakta.Ini nadi utama dalam PAS untuk menyatukan kaum lain dalam PAS.Hamba Allah yang memperkenalkan PAS kepada kaum lain yang mana sekarang ini kita sudah boleh duduk semeja berbincang dengan Orang Cina, Orang India dan kaum-kaum lain di Malaysia.

"divide and rule" UMNO yang menyebabkan non muslim takut mendekati PAS.Pendokong PAS mesti tonjolkan imej PAS kepada non muslim.PAS juga akan tonjolkan kepada dunia,satu-satunya parti politik yang ada Kelab Penyokong PAS dari pelbagai bangsa.

Sekarang kita lihat orang PAS sudah boleh pergi ziarah kematian kaum lain.Orang PAS sudah ada keterbukaan.Bukan dulu PAS tidak mahu berkawan dengan kaum lain.Tetapi sentimen yang dimainkan oleh UMNO membuatkan mereka takut mendekati PAS.

Bagi mereka, apabila mendekati PAS mesti masuk Islam.Inilah "ayat gila" yang dimainkan oleh UMNO.Masuk PAS "awak punya dot..dot.. mesti kena potong".Tetapi sekarang tidak lagi.UMNO sudah kena pukulan maut dengan "ayat gila" mereka sendiri.

Hari ini kaum cina dan india terutamanya, sudah boleh bercakap kepada orang Melayu,"kalu lu mau masuk islam ma,lu mesti ikut PAS punya Islam.Itu Islam manyak butoi ma...itu UMNO punya Islam tarak butoi ma".

Inilah yang terus diperjuangkan Dr Mujahid dan pasukannya.Lajnah Perpaduan Nasional. Banyak event menarik menanti KPP-Kelab Penyokong PAS.Kelab ini juga akan dinaik taraf.Insyaallah kita tunggu launchingnya nanti.





4 comments:

Unknown said...

Selaku AJK LPN Negeri & Ketua LPN KR ucapkan TAHNIAH kepada Teluk Intan kampung tempat lahir teman atas berita ini.

Tentulah teman berbangga bila berita dari Tk Intan ada di blog ni tambahan kalau berita berkenaan LPN & KPP.

Terima kasih & tahniah AM... minta perbanyakkan posting berkenaan KPP yang bakal menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS ini dimasa akan dtg.

Anonymous said...

SAYA ADA HADIR DLM MAJLIS INI BERSAMA SAHABAT DARI SG SAMAK. MEMANG SEMANGAT DENGAR PENERANGAN DARI DR MUJAHID SERTA YB ZAINUDDIN. MLM TAK DPT DATANG PASAL ADA TAHLIL KAT SG SAMAK. HARAP SEDARA KABIR AMBIL PERHATIAN KAT ESTET ULU BERNAM N SEKITARNYA. KAMI DARI SG SAMAK SEDIA MEMBANTU...NAN SGSMK

Anonymous said...

SAYA DAN RAKAN ADA DLM TAKLIMAT INI.TAHNIAH PADA PAS KERANA TERUS MAJU DLM MENJUARAI POLITIK DAN ISLAM YANG ORI. ISLAM UMNO ISLAM HADARI ..KATA BUKAN ISLAM..KITA KENA JAGA MULUT BILA BERBICARA NGAN BUKAN ISLAM...PESAN US MUJAHID.KPD LUJNAH PER NSIONAL PAS TI TAHNIAH TAPI HARAP TERUS AKTIF D ULU BERNAM ESTET DAN KWSN SEKITARNYA.. KAMI SEDIA MEMBANTU.APA YG PENTING .....KERJASAMA...[2X]...NAN SGSMK

Unknown said...

Salam. Kadang-kadang terasa malu pada diri sendiri apabila melihat istikhomahnya kawan-kawan memperjuang ketuanan Islam di negara ini...