Thursday, January 7, 2010

DEPA MEMBELILIT LAGI..PASAI DEMO PULAK DAH...

...sapa ni yang nak kena belit dgn aku..
Malaysiakini melaporkan “Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah'”, kata perdana menteri.

Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta mengulas sama ada kerajaan mengamalkan sikap berbeza terhadap kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi.

Bantahan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' dalam Herald The Catholic Weekly terus marak walaupun Najib sebelumnya menyeru semua pihak bertenang.


....Kalau pembangkang buat dihadiahkan begini....
Kenapa kerajaan tidak boleh menghalang? Sedangkan bila PR menganjurkan Demo kerajaan boleh menghalang?

Dihalang dengan berbagai-bagai alasan kononnya pelancong akan takut untuk melawat Malaysia, peniaga-peniaga mengalami kerugian, menggangu lalu lintas , menimbulkan rasa takut kepada masyarakat sekeliling, merosakkan harta benda awam dan berbagai alas an bodoh! Alasan utama ialah tiada permit dikeluarkan oleh pihak polis..
...yang ni pun hadiah untuk pembangkang juga...
Adakah permit bagi mengadakan perhimpunan itu telah dikeluarkan oleh pihak polis? Dikeluarkan dalam masa yang singkat? Sedangkan biasanya dalam proses mendapatkan permit sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat tempoh dua minggu diperlukan.

Dan biasanya kemungkinan permit akan diperolehi agak sukar dan jika diperolehipun kemungkinan permit ditarik balik disaat-saat akhir tidak dapat dinafikan.

Sikap Double Standard atau pilih kasih ataupun pilih bulu jelas kelihatan dalam melaksanakan undang-undang oleh pemerintahan Najib ini, kalau DEMO yang dianjurkan oleh UMNO jawapannya kerajaan tidak boleh menghalang.. tetapi kalau pihak PR yang menganjurkan demo..

8 comments:

Unknown said...

Salam.Jangan menari mengikut rentak mereka!

Ibnu Ramlee said...

Salam dari kami PAS Cawangan Permatang Tok Mahat, Kawasan Nibong Tebal. Berjuang terus berjuang hingga Islam memerintah

Ayid said...

Besok kita berdemo bukan untuk ikut UMNOngok. Kita berdemo untuk membantar Mesir menyekat bantuan kemanusian ke Plastin. Kita menari rentak yang lain

anakmuaallaf said...

Salam babah,
PAS telah membuat keputusan untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim kerajaan Mesir yang telah menghalang kemasukan pasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza.

Sehubungan itu, semua ahli PAS diminta turun ke perhimpunan aman tersebut di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok dan bukannya menyertai demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah.

anakmuaallaf said...

Salam Ibnu Ramlee,
Insyaallah demi kesucian Agama Islam tercinta mari kita buat kerja jemaah ini.
Ibnu Ramlee sudah sihat ke?Maaf dah lama tak kesana..
Semoga sheikh sentiasa dirahmati Allah..

anakmuaallaf said...

Salam Ayid,
Kempunan akak kali ni demo tak boleh turun.Esok anak akak daftar hostel.
Tahniahlah kepada sesiapa yang dapat pergi..Insyaallah kami muslimat ada wakilnya nanti..

Na'im Nikmat said...

Takbir!!

anakmuaallaf said...

Na'im,
Allah hu Akhbar