Monday, January 4, 2010

ALHAMDULILLAH..KAN BAGUS KALAU CEPAT MACAM TU..KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik, Herald, menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitannya hari ini.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md. Said memberitahu, notis rayuan tersebut difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan di Putrajaya kira-kira pukul 4 petang tadi. Beliau turut memaklumkan bahawa permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu akan difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, esok.

4 comments:

perakkome said...

salam...
UMNO tetap UMNO...
selamat tahun 2010

anakmuaallaf said...

Waalaikummussalam Pak Aji,
PAS tetap PAS..
Bila-bila pun PAS
Selamat tahun baru juga buat Pak Haji

Unknown said...

Salam tuan. Haron Din membuat pernyataan, sesiapa yg menyokong penggunaan nama 'Allah' terhadap majalah kristian, mereka adalah org yg kufur.

terokai seni said...

pertamanya; ketawa beso bila baca nota kat profile tu, takziah saya dari diri yang dilahirkan sebagai orang melayu dan tahniah kerana berjaya bangkit dari kekecewaan tu

keduanya: harap kerajaan tak bermain politik dengan menda yang boleh menghancurkan masa depan agama ni

ketiganya: semoga Allah memberi kerahmatan dan kemenangan kepada kita semua

aminnn