Tuesday, December 1, 2009

WAHAI SAHABAT MARI KITA PERTAHANKAN TOK GURU NIK AZIZ


Adakah kita hanya melihat TGNA diseret ke lembah kehinaan? Bangkitlah wahai pejuang Islam, pertahankan pemimpin kesayangan yang selama ini telah banyak memberi jasa kepada parti, yang memberikan sejuta sebab untuk pengundi memilih Pakatan Rakyat sebagai wadah untuk melakukan perubahan.

Sudah terang lagi bersuluh kemahuan UMNO.Mereka mahu sangat TGNA dijatuhkan.Mereka akan bertepuk tangan bersorak riang bila semua perancangan mereka berjaya.

Mereka berusaha melaga-laga TGNA dengan TGHH.Tetapi gagal.

Mereka cuba lagakan pimpinan PAS Selangor tetapi kurang keberkesanannya.

Mereka pengaruhi blogger yang mudah cair dengan fitnah agar berpaling tadah tetapi kurang berkesan.

Ingatlah sahabat-sahabatku musuh kita dalam perjuangan kita bukannya dalam PR tetapi UMNO-BN.Marilah kita pertahankan TGNA.
TGNA adalah tonggak perjuangan PAS marilah kita pertahankan.

5 comments:

Anonymous said...

Salam,

mengapa kita cepat menuding jari pada org lain apabila berlaku sebarang masalah dalaman dalam pas. ini menambahkan kelemahan jati diri pas itu sendiri. kita seharusnya mengkaji apakah puncanya berlaku perkara ini. menjadikan umno sebagai kambing hitam utk menutup kelemahan kita adalah jalan yg terbaik dan terlemah bagi org pas. ini bermakna keimanan dan ketaqwaan pemimpin2 pas tak begitu kukuh utk menahan tusukan org2 umno ni. jgn salahkan bloggers kerana masing2 ada kebebsan utk bicara. dosa atas tulisan yg salah adalah urusan mereka dgn allah. tetapi ada yg menulis lengkap dgn fakta dan bukti. mengapa kita nak nafikan jika memang benar ada kepincangan di dalam pas. mengapa harus kita lindungi kemungkaran. percayalah maruah tgna akhirnya nanti akan di selamatkan oleh org yg bukan org pas. wasalam

Unknown said...

PAS Kota Raja tetap Istiqamah bersama mempertahan TGNA dari dulu, kini dan selamanya.

Tiada siapa yang boleh menukar pendirian kami kecuali Allah SWT.

anakmuaallaf said...

Anonymous
Kekuatan dalaman perlu ada pada semua pihak.Biar orang nampak kita lemah tetapi kita kuat pada hakikatnya.
Kita tidak mudah dipengaruhi.Kita sedar perjuangan PAS kearah mana.
Pendirian saya tetap bersama PAS selagi PAS perjuangkan Islam dan As Sunnah

anakmuaallaf said...

Sekretariat Parlimen Kota Raja,

Saya juga seperti anda.Insyaallah

Ayiem said...

itulah hasrat sebenar puak-puak 'sangat celaka',puak ni tau TGNA adalah penghalang kepada niat busuk mereka.....