Saturday, December 19, 2009

HOI..APA NI..BUKAN BENDA KECIK..APA NI TUDM

Image
Polis menahan empat orang, termasuk pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah.


(Sumber: beritaharian online)
Malunya baca berita ni.Jika benda yang hilang tu sebesar sebuah trak 3 tan, ampun lagi.Ini enjin pesawat.Benda ini bukan boleh di jinjit,dijunjung,ditanggung,dipikul dan entah bermacam di.......lagi.
Jika barang ini dijual di Thailand maaf lagi.boleh bawa ikut jalan darat.Ini dijual di Eropah.Agaknya agak jin yang boleh bawa cara "ghaib" kut.Sama-samalah kita pikiaq....

4 comments:

Pelakon Takdir said...

salam sejahtera
sesungguhnya di balik pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda bagi orang yang berpikir
salam kenal dari blogger ingusan

Unknown said...

Assalamu alaikum Puan.

Kalau nak diikut sejarah pentadbiran dan keselamatan Angkatan yang tidak selamat kita sememangnya teruk. Yang herannya macam mana boleh lepas sampai ke Eropah?

Mereka ni pinjam Jin Nabi Sulaiman kot?

Baru-baru kita kehilangan Kapal Utiliti milik TLDM. Lama sebelum itu Senjata Tentera Darat dipunggah oleh Kumpulan AlMa'unah. Lepas ini Negara pula tergadai?

anakmuaallaf said...

Waalaikummussalam,
Sdr Mountdweller
Menteri dia tak nak letak jawatan ka??

BUJANG SUSAH said...

Zahid hamidi nak letak jawatan? tunggu la kiamat umi... dia tu kalau dah nazak nak mati pun masih nak mintak dgn Allah agar dipanjangkan umurnya biar dia dapat rasa nikmat dunia buat terakhir kalinya.