Monday, December 14, 2009

HEBAT SANGATKAH SUK PERAK NI....


SUK Perak Hina Student di London

Dewan kuliah di King's College London agak penuh. Zambry Kadirsebagai ahli politik, membentang dan menjawab persoalan secarapolitik. Maknanya susahlah nak cari salah dia. Semua jawapannyasudah ada.


Dari rumah lagi aku plan tak nak tanya kat majlis. Entah mengapa,tangan aku gatal angkat tangan. Jadi, aku cakap; kalau pasalpengalaman cross over ahli politik, pihak lain tak boleh challengeUMNO yang banyak pengalaman. Dari tahun 1959 (Terengganu), 1967 (Kelantan – gagal), 1969 (13 Mei), 1985 (Sabah) dan 2008 (Perak). Samada nak terima atau tidak, UMNO memang hebat babini. Anwar Ibrahim tak boleh lawan. Ini bukan kes Perak atauMalaysia. Banyak lagi pemimpin negara lain di dunia yang senafsu dengan pemimpin UMNO.


Aku tak setuju pandangan Zambry yang menyebut, `sudahlahjangan banyak politik sangat.....'. Kenyataan ini menggambarkanagar rakyat jangan sibuk berpolitik. Biarlah rakyat bangang politik.Senang orang politik kawal. Macam setengah ulama jahat yangmenasihatkan agar umat Islam menjauhi politik. Politik itu kotor. Kita orang baik-baik ini tak payah campur. Ohh.....senang Sultan,penguasa, British berkuasa. Jangan elitkan politik menjadi milikahli politik. Rakyat kena patuh dan ikut. Mana boleh! Ehh… lepas itu, baru Zambry mengiakan kata aku.


Zambry duduk tengah di meja depan. Kirinya, Dato FairuzPenasihat Undang-undang Perak. Kanannya, Dato Abdul RahmanSUK Kerajaan Negeri Perak. Dato Fairuz bagi kuliah undang-undang yang membosankan. Semuanya untuk melegitimasikantindakan politik. Macam sesetengah ulama yang mencari hujah menghalalkan langkah haram.


Yang aku nak cerita ialah episod Dato Abdul Rahman yangmerendah-rendahkan pelajar UK.


Tuan Penasihat Orang Kaya Sadek Sigeragar ni cakap budak-budakUK ni tak cukup maklumat, mendengar pandangan sebelah pihak, saudara kena begini, begitu dan bla bla bla......kenyataan yangbetul-betul memperlekeh kita orang. Betul-betul layan macambudak sekolah menengah!


Telinga aku berdesing. Aku bangun minta dia tarik balik. Ini satukenyataan yang menghina. Macamlah pariah sangat. Ramai yangtepuk sorak kasi sokongan kat aku. Aku ingat telinga aku je yangberdesing, rupa-rupanya ramai yang lain pun bukan setakatberdesing, berasap beb!


Lepas majlis tamat, aku sound sekali lagi mamat tu. Tak puas hati, sudahlah tak tarik balik, minta maaf jauh sekali. 'Apa Dato' cakap macam tu?' Dia jawab, `Sheikh, I bukan cakap tentang you…niuntuk diaorang yang tak faham ni…..bla bla….. '


Seelok-eloknya dia diam. Tap bila dia cakap, maka sahlah ………. (tak sopan nak tulis).

1 comment:

rosnanie said...

Salam kak leha. Memang niat diaorang begitu. Cakap belit2, pastu ingat rakyat ni bodoh. Memang berdesing telinga kalau denagr, baca kat sini pun dh hangat hati, agaknya kalau dengar sendiri mau berasap jgk.