Wednesday, December 30, 2009

HA AMBIL...TOK GURU DAH BAGI JAWAPAN..


Nik Aziz nafi: Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat
(Gambar: Nik Aziz dalam sidang medianya petang ini. Di kiri dan kanan beliau adalah Datuk Mohamad Daud-ketua dewan Ulama megeri dan Nik Amar - Timbalan Pesuruhjaya III)

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau memberitahu niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan.

Ianya dibuat atas sebab Anual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus deberi penumpuan.

Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob akan habis kontrak hujung bulan ini.

Apa yang berlaku katanya bukan rombakan tetapi prosedur biasa lantikan politik apabila seseorang itu tamat kontrak.


Anual Bakhri mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1999 selepas Datuk Husam Musa mengosongkan jawatan berkenaan untuk bertanding dalam pilihanraya umum tahun berkenaan bagi mewakili Parlimen Kubang Kerian.

Manakala Mohd Saiba pula mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 2003.

Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

AM-Lain kali jika tak dapat maklumat yang sohih jangan gatai tangan nak menulis.Fitnah namanya.Blog mana yang rasa-rasa ada terasa pedas "be Gentleman" minta maaf secara terbuka..

6 comments:

ijoks2009 said...

"celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”
Kan dah kena marah..

Anwar bakri harun mmg dah lama sibuk berniaga elok sangat la dia pilih salah satu.
Harap2 lepas ni tak ada spekulasi lagi.

mulutlancang said...

Dua pegawai MB dijangka ditukar
KOTA BHARU 28 Dis. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengumumkan rombakan Pejabat Menteri Besar Kelantan yang melibatkan dua pegawai kanannya dalam mesyuarat Dewan Harian Pas esok.

Kontrak perkhidmatan Setiausaha Politiknya, Anual Bakhri Haron dan Setiausaha Akhbar, Mohd. Saiba Yaakob yang masing-masing telah berkhidmat selama hampir 11 tahun dan lapan tahun dengan Nik Abdul Aziz dipercayai tidak akan disambung.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas dijangka memaklumkan langkah itu semasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan sebelum membuat pengumuman secara rasmi.

Notis pengguguran mereka dikatakan telah dikeluarkan hari ini dan akan berkuat kuasa Februari ini.

Namun Mohd. Saiba, 40, memberitahu Utusan Malaysia hari ini, beliau tidak menerima notis berkenaan.

''Tidak ada hitam putih, tetapi saya telah mendapat maklum. Ia cuma melibatkan saya dan Anual.

''Namun esok Nik Abdul Aziz akan bermesyuarat dan apa-apa pun akan diketahui esok," katanya yang kontrak perkhidmatannya tamat 3 Februari depan.

Langkah itu dikatakan sebahagian daripada usaha Nik Abdul Aziz yang tidak mudah terjebak dalam kontroversi seperti yang dilalui sepanjang tahun ini.

Menurut Mohd. Saiba, beliau telah 'penat' memikul tanggungjawab itu dan sememangnya mengharapkan peluang untuk terus melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya (UM) dan terlibat dalam dunia akademik.

Anual Bakhri dan Mohd. Saiba sebelum ini dilaporkan oleh portal berita menafikan mereka menerima makluman berkaitan perubahan kedudukan mereka.

Bagaimanapun Anual Bakhri tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim dilaporkan berkata, beliau ada mendengar perkara tersebut tetapi tidak secara rasmi.

"Bukan sesuatu yang luar biasa kerana selaku Menteri Besar, Tok Guru ada bidang kuasa untuk menukar dan menggantikan pegawai-pegawainya," ujar beliau.

Blogger Anti Bodek said...

MB kata tak pecat, Ustaz Sohaiba yang lurus bendul kata: "Tidak ada hitam putih, tetapi saya telah mendapat maklum. Ia cuma melibatkan saya dan Anual"

Siapa yang betul, TGNA atau Sohaiba yang lurus bendul. TGNA masih nak temberang. Itu jawapan orang politik. Bila berhenti dalam keadaan sekarang tandanya ada masalah. Kenapa sebelum ni takdok yang nak berheti dan yang tak mahu sambung kontrak?

Berbelit dengan sesama manusia tak apa, tetapi Allah tahu apa yang terselit di hati. Nak lepaskan diri tuding ke blog, ke akhbar, mudah sangat sebut celaka, akhirnya celaka menimpa kepala penyebutnya.

LanaBulu said...

Media sentiasa mamainkan peranan mereka utk merosakkan nama baik TGNA..
Yg bersalah minta maaf je lah..
tak rugi apa2 pun bahkan selamat lagi..

Sekretariat Parlimen Kota Raja said...

"Jom kita Puasa"

mountdweller said...

Salam Puan

“celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,”

Sakit, bengang macam kena petir bila perkataan itu keluar dari mulut TGNA sendiri. Kalau saya, saya akan Solat Taubat 40 malam.