Tidak terfikirkah pemerintah yang mengaku memerintah negara islam tetapi memberi layanan buruk kepada ulama'.Apakah mereka rasa takut rezeki mereka sempit apabila menghormati ulama'.Dan apakah terkoyak kulit mereka apabila ulama' menegur kejahilan mereka.
Pemerintah yang rakus memerintah yang mana mengaku dirinya islam sebenar, dan mereka inilah sebenarnya yang anti ulama'.Pemeritah inilah yang akan memenangkan pemaksiat,perasuah dan macam pe.. lagi.
Ulama hanya menyampaikan apa yang diwahyukan dan apa yang disabdakan..Kenapa mereka dihukum dan disekat agar tidak atau jangan menyatakan kebenaran.Ulama' tidak mengancam nyawa sesiapa.Tetapi ulama' mengancam hati-hati manusia yang rindukan sang maha pencipta.Salahkah ulama' mencuri hati-hati manusia supaya kembali kepada kebenaran.Ulama' tidak mencuri atau merompak harta negara atau harta rakyat.
Kita baca artikel di bawah...
Golongan Ulama Diancam, Golongan Maksiat Dipuja-puja


Berbeza pula dengan golongan maksiat dengan pakaian yang menjolok mata, mereka dengan mudah diberi kebenaran untuk mengadakan konsert disertai dengan majlis tari menari dan nyanyian. Siap ada konsert amal lagi. Tetapi kita tidak sedar kerana daripada majlis maksiat begini lah lahirnya masalah sosial sehingga berlakunya kejatuhan moral yang serius dalam masyarakat. Para remaja tidak lagi menjadikan golongan ulama sebagai idola, malah menjadikan golongan maksiat ini sebagai idola melalui cara berpakaian, cara pergaulan dan seluruh cara hidup..

Cuba kita lihat golongan ulama dan ustaz-ustaz, bila ke masjid dan surau untuk mengajar, mereka hanya menggunakan motosikal buruk atau kereta buruk je.. silap haribulan mosikal yang dibawa pun tak ada tongkat, bila nak isi minyak kena sandar motosikal di tiang untuk mengisi minyak heh heh... tapi bila kita tengok golongan artis, mereka hidup dalam kemewahan sehingga melampau2.. Bila masyarakat mengiktiraf golongan maksiat dan mengetepikan golongan ulama, akan tunggu la kebinasaan..
Wallahu'alam
dari cikgu adham
3 comments:
Salam Puan,,,, dulu memang lah ustaz dan ulamak naik motor dan kereto buruk,,, tapi la ni mereka hidup mewah,,,,
dan meh kito kaji sejarah kisah pembunuhan ulamak di Saudia,,,, kenapa mereko di bunuh dan siapa yg membunuh,,, dari situ kita akan faham masaalah sebenar nya,,, harap puan buek sikit kajian kisah ulamak yg di bunuh di saudia,,,!! selamat mengkaji !!!
ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Ya Allah! Jangan
kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa
di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak
disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti
lidah orang Arab (pada fasiqnya)." (Riwayat Ahmad)
Keterangan:
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh
Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut
mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan
lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang,
sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego
dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap
dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat
orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan
memangsa musuhnya.
saya rasa sdh dan kecewa akan keadaan ini..tambah menyedihkan dlm keadaan dimana bila ulama berkata-kata maka semua akan mencemuh ulama.bila golongan agama berkata-kata maka semua akan mencemuh golongan agama.bila golongan agama menegur sesiapa yg jelas cuba melakukan maksiat di bumi Allah maka ulama dimarah.diambil tindakan..inilah jenis manusia yg x prnh bersyurku kpd Allah.
Post a Comment