Saturday, October 31, 2009

RESOLUSI KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK

mari kita lihat kemeriahan PAKATAN RAKYAT PERAK berkonvensyen
TGNA yang sentiasa support Pakatan Rakyat

bidaan gambar speaker Siva dicekik RM600.Agaknya kalau speaker
BN dicekik 1sen pun tak laku......
En Micheal Yap pembida tertinggi
acara lelong gambar pembelinya Dr Shanmugam
duitnya masuk Tabung Pakatan Rakyat..bukan masuk kocek
Us Misbah atau Dr Khairudin

YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng diberikan penghormatan melancarkan dana Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan didampingi oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng sedang membentagkan kertas
kedua : Perpaduan kaum, pengalaman Pulau Pinang.
DS. Nizar sedang membentang kerta kerja pertama,:Pengalaman, permasaalahan dan harapan Pakatan Rakyat Negeri Perak.


IPOH : Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan resolusi berikut :-

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.

ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo.

6 comments:

Unknown said...

Salam sdr.

"Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo"

Yang ini sangat-sangat saya sokong.

Nangkubai said...

Hebat..Ini memaparkan PK bertambah jitu dan kuat..

sedihhhh...SendiriMauIngat dah kena buang daripada blog list kakak..

Unknown said...

Salut pada pakatan rakyat Perak.Tokguru pun nampak lebih gembira berada di perak dari negeriKelantan sendiri

anakmuaallaf said...

Salam kembali sahabat,
Sebenarnya semua orang mengharabkan pendaftaran ini.Kita terpaksa berlawan dengan SPR waktu pilihanraya..Tak boleh langsung guna lambang lain selain dari parti bertanding seperti di PRK-PRK yang lalu..

anakmuaallaf said...

Ok Bai akak minta maaf ye..akak dah link balik dah..Akak baru masukkan almari lepas cat rumah..ini akak dah simpan balik blog list..

anakmuaallaf said...

Sebenarnya TGNA tiap-tiap hari jumaat bagi kuliah terbuka kat town Kota Bharu..
Kalu nak dengar kuliahnya pastikan ziarah Kelantan pada hari jumaat pagi..boleh dengar kuliah TGNA