Friday, October 30, 2009

MAHA RAGU LAWAN MAHA GARU

SIAPA MAHA RAGU GARU INI????ADA SESIAPA KENAL????


Hamba berjalan merentasi halaman ke satu halaman. Singgah sebentar ke satu halaman. Dari sudut politiknya hamba kenal benar akan panji2 yang tuan empunya blog ini julang. Namun atas dasar rasional dan ukuwah rasanya ia tidak menjadi satu masalah besar untuk hamba menimba ilmu.

Halaman blog ini dinamakan sebagai mahaguru58.blogspot.com.Seperti pada image di atas, tuan blog ini mengelarkan dirinya sebagai mahaguru. Image islamik dengan dahi lebam untuk menunjukkan kuatnya beliau sujud agaknya. Sedangkan pada zamannya Rasulullah dan para sahabat tidak semuanya mempunyai sejadah yang indah2 mcm kita sekarang ni. Seperti yang kita sedia maklum bumi arab adalah bumi yang gersang dengan hamparan terlebarnya adalah pasir dan batu2. Tidak hairanlah jika ada diantaranya yang kuat beramal akan ada tanda lebam di dahi mereka. Jika kita amati akan segala kelengkapan yang ada pada zaman ini dalam kita mengerjakan ibadah, contohnya : karpet atau sejadah dari baldu, timbul satu persoalan bagaimanakah bila kita kuat bersujud dahi kita boleh lebam ? Melainkanlah ada sejadah tapi sengaja xnak guna kemudian bersujud sambil menghentak2kan kepala pada lantai. Paling tidak pun sujud sambil mengosok2kan kepala mereka pada sejadah dgn sekuat hati. Hamba pun kurang pasti.. Nak tahu apa yang di maksudkan dgn tanda diwajah bagi mereka2 yang kuat beramal? Sila klick DISINIWallahualam.. .

Berkenaan istilah "mahaguru" yang tuan punya blog ini gunakan. Istilah "Maha" itu membawa maksud "amat atau sangat". Artinya "mahaguru" membawa maksud "yang amat tinggi ilmunya".Hamba kurang arif namun ingin bertanya disini. Bolehkah kita gunakan istilah "maha" untuk manusia yang serba kekurangan ini? Bukankah istilah maha itu ditujukan untuk menunjukkan kebesarah Allah ? Adakah Rasulullah atau para sahabat juga ada mengunakan istilah ini? Adakah manusia itu setaraf dgn Allah ? Mengikut pendapat hamba yang cetek ilmunya ini, hanya ada segelintir umat manusia saja yang layak mengunakan "maha" ini. Salah satu darinya adalah Mahathir.. wallahualam.

Berbalik pada kisah perjalanan hamba tadi sebenarnya ada satu isu yang membuatkan hamba tertarik untuk terus membaca dalam blog "maharagu" ini. Isu ini berkenaan "Rahsia Kenapa ADUN Dan MP PAS Tak Lompat Parti".

Dalam artikalnya penuh kebanggaan dia ingin menunjukan bahawa dialah seorang yang amanah. Seorang yang kuat memegang janji dengan cara beberapa kali mengulangi perkataan yang sama, baik didalam entri mahupun jawapan dari komen2 para pengunjung. Malah pada pandangan hamba, maharagu sengaja membuat artikal itu atas satu tujuan yang boleh dianggap sebagai untuk memecah belahkan serta merenggangkan siratulrahum antara individu dgn individu lain itu sendiri dengan menyelitkan unsur2 fitnah. (jika anda belajar agama anda tahu apa yang dimaksudkan dgn "fitnah" ). Apakah maksud sebenar maharagu ini ? Biar dia sendiri yang jawab dihadapan Rabbul Jalil nanti. Mungkin sahabat kita ni terlupa akan hadis berkenaan namimah ni.

Alquran dan hadis dengan tegas mengutuk pelaku namimah. ''Celakalah bagi setiap orang yang suka mengadu domba dan mencela.'' (Q. S. 104: 1). ''Tidak akan masuk surga,'' kata Nabi SAW, ''orang yang suka mengadu domba.'' (H.R. Bukhari Muslim). Wallahualam.

Lanjutan dari sini dia mempersoalkan berkenaan "bai'ah" yang dilakukan dalam seseorang itu bila dipilih untuk dipercalonkan untuk mewakili PAS di setiap pilihanraya. Hamba pun bukan pandai, apatah lagi untuk mengulas. Namun pandangan hamba, jika tidak berilmu, bertanyalah. Ilmu letaknya bukan di dahi yang hitam legam serta lebam. Juga bukan pada jelingan yang x menggoda itu. NAk belajar berkenaan bai'ah ?

1 comment:

Ayiem said...

Salam,

Kadang-kadang kerana terlalu taksub kepada seseorang,manusia terlupa kepada prinsip asal perjuangan.

Kerana kepetingan diri juga manusia sanggup membelakangkan kepetingan jamaah.

Menegur pimpinan tidak lagi dengan adap sopan dan niat yang ikhlas.

Semuga kita tidak akan terpegaruh dengan mehnah ini...