Sunday, October 25, 2009

KEMELUT PAS, KALAULAH ALMARHUM USTAZ FADZIL MASIH HIDUP

kepada sahabat yang e-mel kepada saya...inilah pendirian saya.....saya setuju dgn penulis....

Oleh: WFAUZDIN NS

SESUNGGUHNYA kepada Allah jua kita akan kembali. Alfatihah, buat Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang telah menemui Allah dan tidak akan kembali lagi kepada kita yang amat merinduinya. Di saat parti yang pernah dibentuk oleh Almarhum dari sebuah parti kekampongan sehingga menjadi parti yang amat digeruni dan kini mengalami berbagai masalah dan kemelut, kita terlalu merindui Almarhum untuk kembali bersama kita. Biar tenggelam bumi negara ini dek air mata kita kerana merindui beliau untuk memperbetulkan kekalutan di dalam PAS ketika ini, namun jasadnya tetap akan bersemadi setenang-tenangnya.

Seandainya Ustaz Fadzil di alam Barzakh diberi perkhabaran tentang apa yang telah menimpa PAS sekarang, adakah Ustaz Fadzil akan menangis seperti kita sekarang? Tentunya tidak. Almarhum tidak lagi terikat dengan kerja-kerja di dunia lagi bahkan beliau kini tidak lagi terikat dengan kewajipan terhadap Allah SWT sepertimana kita masih hidup. Sudah cukup beliau meninggalkan PAS ini kepada kita untuk terus diperjuangkan sehingga kita mampu menunaikan amanahnya iaitu ingin melihat PAS memerintah negara ini dengan Islam. Apakah kita lupa akan amanah itu?

PAS sekarang tidak segagah dan sepadu kekuatannya seperti di zaman Almarhum. Meskipun di zamannya PAS tidak berada dalam 5 negeri yang dapat ditawan dari Umno/Bn seperti sekarang, tetapi kekuatan dan perpaduan PAS amat kuat ketika itu. Kebijaksanaan Almarhum yang dapat mengenali mana satu kawan dan lawan tidak dapat ditandingi oleh kepimpinan PAS sekarang. Di zaman Almarhum, semua pimpinan PAS diajar untuk menghormati dan bersetia dengan rakan seperjuangan. Tetapi sekarang di dalam PAS, pimpinan sering bertelagah dengan pimpinan dari rakan-rakan mereka sendiri. Semasa susah mereka bersama, tetapi bila sudah senang sedikit dan berjaya, ketamakan menguasai diri. Akal yang dulunya cerdik bila berbicara tetapi semakin beku.

Contoh seperti yang berlaku di Selangor. Peristiwa `rundingan dalam kelambu' bersama Umno tatkala PR baru mengambil kuasa di Selangor menjadi kudis buat PAS. Kudis itu dibiarkan terus oleh pimpinan tertinggi PAS sehinggakan kudis itu semakin merebak. Apabila kudis itu cuba diubati dengan rawatan yang salah, pastinya kudis itu tidak akan sembuh. Sebaliknya semakin dirawati dengan rawatan yang salah, kudis itu merebak dan semakin berani. Mereka gagal berbohong dengan isu `rundingan dalam kelambu', mereka menukar cara yang lain pula. Kerajaan PR di Selangor terus diganggu dengan alasan untuk meng`Islam'kan Selangor. Kesempatan terus diambil jika terdapat isu yang boleh mereka ambil kesempatan. Sehinggakan di dalam isu Selcat pun, PAS Selangor mahu menunjukkan gagahnya mereka membela puak-puak penyeleweng yang dulunya pernah memijak kepala PAS itu sendiri. Mereka tidak percaya rakan mereka dalam PR boleh berlaku adil dan telus selain dari mereka.

Di dalam Muktamar PAS baru-baru ini pun, terdedah bagaimana pemimpin PAS berusaha untuk bersama Umno di Perak setelah menyedari mereka berpeluang untuk menjadi MB Perak jika bergabung dengan Umno. Itulah yang terjadi di Selangor dan itulah kudis PAS sebenarnya. Sikap membiarkan pemimpin seperti ini menjadikan kudis itu merebak sehingga kini menjadi kudis buta yang amat merbahaya. Bencana awal akibat kudis buta ini dapat dikesan setelah pilihanraya kecil di Manek Urai sehingga PAS hampir terduduk. Masih pimpinan tertinggi PAS gagal berbuat apa-apa, sehinggalah penyakit ini berjangkit pula di Bagan Pinang. Di Bagan Pinang, PAS mulai merasa betapa gatalnya kudis buta yang disimpannya selama ini.

Suka atau tidak, kudis buta ini mesti dirawat segera. Mursyidul Am PAS punya kaedah untuk merawatnya tetapi beliau tidak mampu berseorangan. Maka beliau mengharapkan semua ahli PAS membantunya terutama di peringkat pimpinan. Malangnya, baru Mursyidul Am menyebut kaedah rawatan yang boleh dibuat oleh PAS, beberapa pemimpin menolaknya dengan angkuh dan sombong dengan menyebut kononnya PAS tidak pernah berpenyakit. Pada Mursyidul Am, jika PAS di ibaratkan seperti jasad manusia, sebelah kaki PAS kini berpenyakit kudis buta. Kaki yang berpenyakit itu perlu dipotong segera agar tidak melarat ke serata tubuh badan sehingga boleh membawa ajal. Bukan tidak sayang kepada kaki yang ingin dipotong itu, tetapi demi untuk menyelamatkan jasad yang lain kaki yang berkudis buta itu terpaksa dikorbankan.

Mursyidul Am tidak memaksa untuk diadakan kaedah rawatan itu. Beliau cuma mencadangkan sahaja. Sekiranya pimpinan PAS merasakan kaedah itu baik, maka lakukanlah. Jika tidak, carilah kaedah lain asalkan kudis itu boleh dirawati. Tetapi jika masih sayangkan kepada kudis buta itu, bersedialah kita untuk dikuburkan sepertimana kita ingin menguburkan Umno. Kalaulah Almarhum Ustaz Fadzil masih ada..........

8 comments:

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) said...

kata saidina ALI KETIKA seorang datang bertanya kekalutan di zamannya. Kenapa tidak berlaku di zaman Abu bakar dan Umar. Jawab Ali... Abu bakar dan Umar memimpin orang seperti aku, tetapi aku memimpin orang sepertyi KAMU

Anonymous said...

Salam,
Orang yang pergi jangan dikenang...kenangkanlah kebaikannya...
Ana setuju dengan ukhti.Bukan ahli bawahan ni saja yg perlu ditarbiyah.Pimpinan juga perlu ditarbiyah.

~PakKaramu~ said...

Salam

Al Hamdulillah, keputusan terkini tiada Muktamar khas, ini macam la, baru nampak syura ulama berfungsi dan orang lainpun gerun, tu sebab orang politik kena pandai berpolitik bukan main ikut-ikut je

Ish ! tak jadi masuk DAP la ! hu hu hu

Anonymous said...

Satu ketika dulu, kita ada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, ahli Jawatankuas Pusat dan Mursyidul Am sebagai jawatan tertinggi dalam PAS. suatu ketika kita amat menyayangi pemimpin kita. Memandang wajah mereka seolah2 kita terlihat pancaran cahaya dari ahli syurga.

Semakin lama, kita semakin teringin untuk menang, teringin untuk cepat2 memerintah Malaysia. Kita membuat analisis terhadap keputusan pilihanraya lepas. Beberapa tempat kita meletakkan calon, DAP jugetakkan calon.ka dicampur jumlah undi kedua2 calon, kita boleh megalahkan BN. Oleh yang demikian kita bersetuju untuk berpakat dengan parti lain untuk menjatuhkan BN. Kita namakan dia tahalluf siasi. Kita yakinkan ahli bahawa tahalluf siasi dibolehkan. Yang sebenarnya tahalluf siasi adalah satu2nya jalan kalau kita nak menang pilihanraya menurut waqi' di Malaysia. Natijahnya kita dapat meyakinka mereka untuk mengundi kita dan kita berjaya memenangi beberapa negeri.

Keadaan ini menyebabkan BN tak senang duduk. Kita buat analisa dan BN juga buat analisa. Kemenangan bergaya ini adalah hasil dari masyarakat cyber. PR menyerang saraf menggunakan cyber. Masyarakat yang membaca internet terpengaruh untuk mengundi PR. Oleh yang demikian BN melancarkan sayap cyber mereka. Tidak hanya dengan melancarkan blog2 pro BN, mereka juga memasuki blog2 pro PR, tidak hanya sebagai pembangkang dalam blog berkenaan, tapi juga berlakon sebagai adik-beradik kita. Mereka cuba mencari kepercayaan penyokong2 PR, mencari simpati atau mungkin memberi simpati.

Bila ada peluang, mereka cuba meracuni golongan cyber. Ada peluang yang lebih besar mereka cuba memfitnah, mencucuk jarum, melaga-lagakan antara PR. Dan... of course! Mereka berjaya. Sesedap hati mereka mengutuk pimpinan kita dengan gaya bahasa yang sungguh biadap. Seorang lagi menyahut, dengan gaya bahasa yang sama, mengutuk sepuas-puasnya, memaki sepuas-puasnya. Saya tak pernah dengar TGHH dihina, dimaki, dicaci. Ahli PAS sejati tak pernah berbuat begitu. Tapi dengan berkat usaha yang tekun puak2 BN yang berjaya masuk ke blog2 PR ini, kata2 kesat terhadap pimpinan seolah2 sudah menjadi lumrah. Bila ada yang membela, orang yang membela berkenaan akan dikutuk pula sekeras-kerasnya.

TGNA juga pernah dihina, dicaci dimaki. Tapi Alhamdulillah, orang UMNOpun ada yang hormat dan sayang pada TGNA. Tapi bila tiba giliran TGHH, Ustaz Nasha dan Hassan Ali, yang membela juga akan dihukum. Betapa liciknya BN mencucuk jarum. Yang lebih senang dicucuk adalah mereka yang tidak mengenal PAS secara mendalam.

Kita mungkin terlupa akan tulisan seorang penulis terkenal bertajuk taik. Ada seorang insan yang nak membersihkan tong taik, maka dia terpaksa masuk ke tong taik berkenaan. Kita terlalu ingin meraih undi penyokong2 PKR & DAP, adakah kita perlu mengikut rentak tari mereka?

Kuala Mari said...

Hari ni teman nak tergelak..Kah3 dah gelak pun.
pasal blogger Otai Wak Banjar yang marahkan Utusan krn sensasikan isu EGM ini..Teman pun pelik juga wak ni dia yang berak tak tutup pintu,sehinggakan bau busuknya keluar menyebabkan orang diluar bising akan bau busuk berak wak ni,tiba-tiba dia nak marakkan org luar bising..lu yang tak tutup pintu masa melepas wakkk..boleh faham ke??

anakmuaallaf said...

Salam Dato'
Kak Leha teringat kata-kata TGNAA dlm Awani-"saya nak jaga parti saya sebab tu saya bagi pandangan..nak terima..terimalah..kalau tak nak pun tak apa..saya tak marah..saya nak jaga PAS ni sebab saya sayang PAS.."Jelaskan dato'.So kita sebagai pendokong gerakan jangan dok perbesar-besarkan isu EGM yg tak jadi..Alhamdulillah

anakmuaallaf said...

Salam ukhti ananymous,
Terimakasih sudi ziarah blog ana.Pandangan ana jelas dari awal lagi sebab tu ana tak nak komen apa-apa pasal isu pimpinan kita...
Kekadang kita terperangkap dengan media yang kita bakul sampahkan itu.
Perjuangan PAS berbeda dengan UMNO,kita ada majlis syura..Biar majlis syura tentukan.

anakmuaallaf said...

Salam PakKaramu,
Tengah hari semlm bila keputusan EGM tak jadi, saya rasa pak mesti senyum panjang meleret ja..Mesti mesti mak cik tanya "kenapa dengan abah kome ni?..."
Alhamdulillah pak setinggi-tinggi kesyukuran.Majlis syura ambil peranan barulah terasa kemanisan dalam wadah dan perjuangan Islam.
Inilah kelebihan PAS yang tak ada pada parti-parti lain..
Pak dah pulangkan balik borang keahlian DAP?..hu..hu..