Wednesday, October 28, 2009

KATA POLIS BAGI JAMINAN PADA ADUN PR-APA DAH JADI NI????

Dari blog yb Idham Lim

Terkini 10.08 am : Kami dihalang dikawasan bawah bangunan letak kereta

Sekali lagi kami dihalang untuk masuk oleh puluhan polis.


Terkini 10.07 am : Kami berada dalam pagar SUK sekarang

Kami mempertanyakan songkok YB Siva yang dirampas oleh seorang SB bernama Bala.

Terkini 10.05 am : Suasana kecoh kembali.

Polis terus menghalang kami dan kami bergerak ke pintu masuk untuk masuk ke dalam dewan dengan dikawal ketat oleh ratusan polis.

Terkini 10.01 am : Kami keluar dari pagar SUK

Setelah berlaku pergelutan tadi kami mundur dan terus keluar dari Bangunan dan pagar SUK.

Polis halang kami berkumpul di luar pagar dan adakan sidang akhbar MB Pakatan bercakap kepada wartawan swasta bahawa kami ditahan oleh Polis dan halang Adun PR dan Speaker masuk, dia juga Adun Tronoh.

Beliau mengecam tindakan polis itu yang melanggar undang-undang.

Terkini 10.00 am : Kami terus dihalang, undur ke belakang.

Ada yang ditolak sampai jatuh dan Speaker cuba ditangkap dan dihalang, kami pertahan sehingga ada Adun yang jatuh.


Terkini 9.58 am : Kami bergerak kembali.

Kami cuba sekali lagi ke lif untuk masuk ke dalam dewan dan sekali lagi dihalang oleh Polis, berlaku perlawanan cakap, mereka benarkan semua Adun masuk kecuali YB Speaker

Terkini 9.56 am : Kami mundur ke pintu utama.

Semua ADUN PR dan Speaker Sivakumar mundur ke belakang apabila di halang oleh polis.


Terkini 9.11 am : Adun Pakatan Sudah berkumpul dan bila-bila masa akan ke bangunan Dewan Negeri

Adun Pakatan sudah berkumpul sebelum ke DUN Perak untuk bersidang.

Sebahagian besar ADUN Pakatan Rakyat termasuk YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat berkumpul di satu tempat berhampiran dengan SUK dan bila-bila masa akan bergerak ke dewan bagi mengikuti sidang pada hari ini.
















No comments: