Tuesday, September 29, 2009


PORT DICKSON: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di sini, sebentar tadi. Pilihan raya itu akan diadakan pada 11 Okt manakala penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor daripada BN pada 4 September lalu.

PAS dijangka mengumumkan calonnya malam ini.

3 comments:

Ayid said...

Janagan Hapuskan ISA itu slogan UMNO baru. Isa bagi UMNO di telan mati Mak tak telan mati bapak.
Ini calun terbaik bagi UMNO. Dah tak ada UMNO lain yang baik dari ISA. Kereta jalan tiga palam pencucuh

anak muallaf said...

Betul Ayid,umno terpaksa, dipaksa dan memaksa realistik. merata simpang boikot kain rentang tergantung.

Ayid said...

Selamat bertugas kepada kak leha. Kami doa kan semuga membawa kejayaan. kirim berita kat kami yang tak pergi. Anyway akan datang juga mulai penamaan calun.